r.i.n.d.u 10 Pictures, Images and Photos

what a day. haihh...
hari ni mood wa jiwang skit lah. wa tak kesah kalo lu orang nak cakap wa jiwa kacau ka, hati kristal ka, gedik tak ingat ka. muka ganas hati kiut ka. tu suma wa tak kesah lagi. sebab wa nak habaq bagi. wa rindu sama wa punya avang. ada paham ka, rindu wa cakap sama lu. rindu.

"tu la, bila boleh jumpa tiap tiap hari mau jumpa. taknak miss satu hari pun. sekarang dah cuti mana bole jumpa lagi. padan muka sama lu". wa rasa itu la yang ramai orang akan cakap kat wa sekarang. tapi wa taknak amik kesah jugak. sebab kalo wa amik kesah pun, sama jugak. bukannya bole bawak wa punya avang mai ipoh ni jalan jalan tengok wayang karaoke pi gunung lang makan laksa penang.

walopun hari ni wa dah declare hari merajuk sama avang wa, tapi dalam hati wa penuh taman jepun woo. cakap je lebih, tapi nak buat betul betul memang tak sampai hati. yelah, wa ni kan budak ayu yang sopan lagi baik hati˘) ┐. mesti avang wa bangga gila dapat gf macam wa, senang nak jaga, takyah nak pujuk segala. jimat ayat ayat puitis rock kapak meleleh leleh dia.

adehh.. sekarang nak buat macam mana lagi. merajuk tak jalan sebab peratus rindu tu banyak sangat. kalo timbang mau overweight ni. nampak gaya kena tunggu sem depan baru wa nak lompat tinggi tinggi bila dapat dating tiap tiap hari. sementara nak tunggu cuti abis, terpaksa la wa nyanyi lagu zaiton sameon je. di hati kecil ku menaruh harapannnnnn....

pen off.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

awak ialah comel. 10 Pictures, Images and Photos



Q : What makes your day today?
A : Listening to his happy voice, with his funny story telling. so cute.


kalo suka, bole 'LIKE' :)

edisi patah kaki : [J Card Day] 10 Pictures, Images and Photos

hari ni, umur aku genap 22 tahun 7 bulan. tapi bukan tu motif utama aku nak cite kat sini. aku nak story pasal hari ni, iaitu hari J Card sedunia. takde la dunia sangat kan, kat JJ Ipoh je. hehhh.. wokey la, nak panjangkan cite yang pendek nih, sume skali terjadi bila mama mengutarakan bukan mengselatankan ye, cadangan supaya aku teman mama pegi shoping. ohhh now i know. patut la petang semalam mama tak bagi bila aku cakap nak pi tgk movie sorang sorang cite lanun pulau karibin. ada ketam dalam pasir pantai rupa rupanya. nampak gaya terpaksa aku lupakan jack sparrow demi mama [dan demi barang2 yang bakal aku mintak mama belikan untuk aku].. hahaha

okey okey okey. lek lu bro. tadi tu mukadimah je. ni baru wa nak masuk real story punya. so hari ni pagi buta lagi mama dah kejutkan aku bangun, suruh siap siap nak pegi JJ. alahhh, kan awal lagi, rilek dulu.. kite chill dulu minum minum kopi makan roti canai dulu. tu yang aku nak cakap kat mama. tp malangnya tak tersampai sbb mama dah sound dulu "hari ni kamu taktau yang jam 8.30am lagi mesti JJ tu udah penuh".. adehhhh.. abeh nak kena bangun awal la ni yer??

aku pun bangun la jugak kan.. siap punya siap, kul 8.30am gerak gi JJ. rumah jauh kat pedalaman, so kena gerak awal sikit. nnt kang mama bising plak ramai orang. kalo ikut aku, senang je. nak beli barang, jalan. kalo taknak beli barang, jalan jugak. mmg dasar kaki shoping! hehh... then sampai je kat sana, JJ belum bukak pun. tapi Ya Allah orang yang menunggu, macam nak gi berperang je. aku rasa sbb JJ buat sale gila gila, so penduduk Ipoh ni pun jadi gila jugak. termasuk la aku pun.. hahaha

bukak je JJ tu, mmg suma orang tolak menolak antara satu sama lain. tak paham aku, demi biskut tin cap jacobs, minyak masak dgn pampers pun orang sanggup bermusuhan. bukannye tak dapat, juz nak kena tunggu skjp je.. alahai manusia.. dah la nak berebut, pastu depan belakang tepi suma dok tolak tolak. aku memula sabar lagi kan. yelah, nak buat camne mmg dah terlalu ramai orang. tapi sabar pun ada had dia jugak kan. kalo dah selalu sangat kena tolak, mmg aku pun nak naik angin la. nasib baik la banyak golongan makcik dan nenek je kat situ, kalo tak memang aku nak sound je "sabar sikit boleh tak? tak bertamadun langsung". amacam ayat ada gempak tak? haha

ahhh. marah banyak pun tak guna kan. baik lagi aku gi shoping. nak kata sakan tu takde la sangat. mama aku yang banyak beli barang. aku just teman je, tak beli apa apa. choppppp~~ tak beli apa apa?? memang nampak sangat tipu. berlagak innocent la kann.. hahaha. aku pun beli jugak barang sikit2.. yang paling penting dapat wallet baru.. heee.. syiok.. kitorang shoping ada la dalam 6 jam, then baru balik. nak tercabut kaki aku. nak jalan tu sbnrnya tak kisah sangat. yang jadi masalah bila ramai sangat orang bole buat aku jadi gila. memang gila. sangat. 

so, sempena dengan J Card Day hari ni, aku nak rumuskan sikit la.
1. kepada rakyat Malaysia, silalah berhemah ketika membeli belah. tak kisah la anda tu orang besar atau orang kecik, orang tua atau orang muda. sila hormat menghormati antara satu sama lain. jangan risau, minyak masak, pampers dan biskut tin jacob takkan lari jika kita ambil sikit masa untuk bersabar dan menghormati pengunjung yang lain.

2. saya ingin menyatakan bahawa saya amat berat hati nak membawa encik boyfie saya untuk berkunjung ke JJ pada J Card Day di masa akan datang. ini kerana saya risau dia akan mengalami sakit kepala yang amat melampau apabila melihat semua pengunjung berebut rebut menarik beg cap swiss polo, cadar akemi, dan tidak lupa juga biskut cap jacobs. kemungkinan besar dia akan mengalami migrain dan boleh jadi amuk dengan keadaan tersebut. sbb saya pun hampir2 nak amuk jugak tadi, tapi disebabkan saya baik hati, saya tak jadi nak amuk.

3. nak buat cadangan supaya bila sampai J Card Day, JJ bukak 24 jam biar takde la orang nak berebut rebut sangat. baru la takde sesi tolak menolak antara pengunjung. nak shoping pun senang hati. takyah tido, pi je shoping sampai lebam. kata shopaholic kannn...

ok tu je untuk hari ni. chow bebeh~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

convocation. 10 Pictures, Images and Photos

ALHAMDULILLAH.


officially, we are a Diploma in Business Studies holder.
looking forward for our BBA (Hons.) Finance in the next few years, insyaAllah.





great day.
great smiles.

kalo suka, bole 'LIKE' :)