ini bukan hukum karma

tekak sakit. air liur kering. mulut berbuih. tu yg aku rasa after all "patience" moments yg aku lalui. nak x nak kna hadapi kan. aku bkn sorg motivator. sorg ibu? jauh skali. jgk, aku bkn sorg pemberi nasihat yg baik. in fact x layak pun nk nasihat sape2. aku cuma ckp based on my own experience. i think it is not a big problem if we can together share them. btul x? bkn harapkan pujian melambung2, ckup la bile cerita yg dikongsi tu dijadikan panduan utk masing2 di masa dpn. syukur, Alhamdulillah. tp syg, kata2 tu cuma jd kata2 je. mcm angin yg lalu, mcm air yg jatuh kat daun keladi. x de ape lg yg bole aku buat. siapalah aku di mata mereka2. tp x pe, life goes on right? dont lose hope to enjoy every single moment of our life. it's juz that i need to apologize sbb pedihkan mata mereka dgn apa yg aku buat, bingitkan telinga mereka dgn apa yg aku ckp, sakitkan hati mereka dgn sikap aku yg x baik ni. till then~


*ayat novel je, jgn tertipu (:*

aku marah giler ni!!

sorry to say this, but this is all bullshit!!! hari ni aku tersangat-sangat-sangat bengang.. sbb ape tau?? sbb terpaksa terima hakikat yg aku ade sorg pakcik yg taktau nk brtanggungjwb langsung! ye, mmg sgt tepat.. mereka adlh sedara aku sendiri.. tp aku x suke kat diorg satu family.. ckp la aku kejam ke, aku zalim ke, tp aku ade sbb sendri nape aku sgt x suke diorg..dr dulu lg, dr aku kecik diorg suke sgt nk sshkn family aku.. walopun bkn aku yg kena, tp aku trasa la sbb yg kena tu mak ayah aku.. mama baba aku.. kalo nk cite sume yg diorg dah buat, 10 post pun x ckup.. tp xpe, aku cite yg berlaku hari ni jer.. pg td baba, mama, n yaya gi balik kampung nk amik pinggan yg diorg pinjam utk kenduri kawin anak die hari tu..diulangi, mereka PINJAM ye.... ok proceed, ni yaya yg cite.. gi sane, diorg x de.. kata nye gi blk raya di kelantan.. so diorg suro amik pinggan tu kat stor.. tgk2, stor tu sikit je lg serupa ngan reban ayam! ok, terkejut skit tp x pe, gi masuk jgk..then mmg terkejut beruk tgk pinggan2 mama tu.. dah x de rupa pinggan, sbb ketas yg lapik die dah mereput n melekat kat pinggan tu.. siap dgn telur2 semut, dgn ulat, bau kencing tikus lg.. ya Allah, mcm mane la diorg jaga brg yg diorg pinjam tu... blk rumah, kitorg tepaksa la kejakan sume pinggan tu.. dua jam lebih kitorg dok tonyoh2 pinggan tu sume.. pastu cuci dgn air panas, steril blk.. penat giler, sakit pinggang.. tp x leh lawan sakit hati aku ni.. aku x kisah nk cuci sume pinggan tu, 5jam pun xpe.. tp aku mrh sgt sbb diorg buat mcm ni kat mama ngan baba.. diorg nk pnjm pinggan, ok bole tlg hantar sbb bole tgk kebun baba skali.. nk pulangkan? kitorg jgk kna amik.. ok, fine bole la.. sbb fikirkan awk tu family, satu2nye adik baba.. tp jgn le jd org x brtanggungjwb, x jaga brg org elok2.. bknnye kitorg nk brg tu perfect, x de habuk skit pun.. tp x la plak kitorg harap nk diorg bg brg tu dlm keadaan yg teruk sgt.. aku tau, diorg tu "org kaya", rumah besar keta besar, nk mngemas pun pnggil org suro cuci.. rumah kitorg ni kecik je, sempit, nk kemas x de duit nk upah org.. diorg nk dtg pun x sudi, kalo dtg pun duduk kat luar jer.. but please, jgn buat kitorg mcm org gaji.. mcm bangla yg keja cuci pinggan kat kedai mamak tu.. jgn nk hina keluarga aku juz sbb korg ade rumah n keta besar, yg x brapa nk besar tu, bilik mcm tongkang pecah, swimming pool yg berlumut ikan pun x lalu nk hidup, n tembok pagar yg skit lg nk roboh.. aku tau, makcik aku pnah dgn slamber ckp kat mama psl bilik bwh kat rumah aku tu.. kata byk sgt brg, x kemas.. hey you, listen.. ko nk kutuk rumah aku, tgk rumah sendri dulu eh.. hrp ruang tamu je perabot mahal, tp bilik.. langsir guna kain perca yg semeter singgit, x jahit plak tu..siap dgn baju berlonggok2 x lipat.. mama aku, byk brg pun kat rumah die... die tau nk kemas, tau nk lipat baju2 tau.. so kalo nk kutuk pandang2 jeling2 dulu okey.. aku ni mulut jahat, kang aku ckp korg malu.. dah la, mls aku nk ckp lg.. ckp byk pun x guna, mrh aku x ke mana pun.. ikut hati aku yg jahat ni, nk je aku ckp kat mama jgn bg pinjam ape2 lg kat diorg lpas ni.. kalo nk bg pinjam jgk, mntk cas singgit satu pinggan.. kotor skit, double cas.. padan muka diorg.. hahahahahahaha.. puas hati aku kalo mama buat btul2.. ok dah x larat nk membebel... chow dulu~

adakah aku??

jom aku share satu nota ringkas yg aku rasa agak menarik...

8 sikap wanita yang disukai lelaki

1.Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…