3 bests. 10 Pictures, Images and Photos

Q: How do you express your feeling when you miss someone that is far far away?

A: look deeply to the ceiling, in silence - the best language
    a five inch 'muncung' - the best action
    tears flowing down like a waterfall - the best words

appreciate, please. 10 Pictures, Images and Photos

berusaha gigih berlatih nyanyi lagu ni, persediaan untuk pegi karaoke di masa akan datang.

apakah? 10 Pictures, Images and Photos

Q: What do you do after a long, hard and stressful working hours?

A: MAKAN dan TIDO SEPUAS HATI.

virus. 10 Pictures, Images and Photos

erghhhhh.. tiba tiba wa kena flu pulak kan. err takde la tiba tiba pun sebenarnya kan. last few days dah mula rasa sakit tekak. pastu rasa tak sedap badan. pastu demam sikit. pastu hidung meleleh leleh. pastu hari ni. so lu orang pandai pandai sendiri la calculate dah berapa hari wa tak sihat.

tapi dalam wa punya tak sedap badan ni, boleh pulak buat macam kuat harimau sangat pegi jalan sana sini. semalam je wa pegi menapak kat ipoh parade walopun hujan turun dengan lebat. cop copppp. wa nak ucap syukur Alhamdulillah sebab at last hujan jugak ipoh ni. sambil sambil wa nyanyi lagu maher zain,wa pegi jalan jalan. dan sambil sambil tu jugak wa selamber menyerah diri nak bagi hujan tolong mandikan. siap makan snow ice lagi. memang wa macam sabun basuh boom yang boom!!! bila dengan berjaya skali menambah kesakitan yang dah wujud selama beberapa hari.

hari ni wa bikin hal lagi. tak tahu lah nak kata jalan sakan ke atau wa memang dah gila nak bejalan. pagi pergi jalan kat pasar antik. cuaca panas wa tak hairan. hidung wa meleleh macam air paip wa tak endah. yang wa tahu wa dah dapat satu beg yang agak vintage yang boleh la jadi beg barang mekap wa. balik rumah, rehat sambil pejam mata menikmati sirap yang berais. petang sikit pegi jalan lagi. balik, rehat. malam, wa ingat wa dah serik sebab hidung wa dah macam loose je dia punya skru kan. memamg tak la kan. wa belasah pegi giant pulak. sekarang memang wa boleh buat conclusion yang wa memang gila bejalan.

habis dah sakan bejalan ingat takde natijah dia?? nahhhh... memang bertambah tak sedap la badan ni. hidung ni kalo bangun esok pagi dah tecabut wa rasa tak perlu hairan lagi kot. badan ni pulak kalo air paip sejuk dalam toilet tu boleh bertukar jadi wap air rasanya. dan rasanya lagi tekak wa ni dah tercalar balar je dengan batuk wa yang tiba tiba nak datang hari ni. oh wa menderita.......

derita sangat pun tido lambat jugak. wa memang kepala-keras-hantuk-kat-dinding-lagi-bagus.

p/s: to ahmad mujahid, pls get well soon. sekian.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

fairy tales. 10 Pictures, Images and Photos


Imperfect. That’s me.

I am thousand miles away to be quote pretty as you are.
I have scars and pimples on my face.
I put tones of makeup to look just okay.
I don’t have the perfect height and weight as supermodels.
I can’t take beautiful pictures of me because I am no photogenic.
I am an outdated person whenever talking about fashion.
People mock me for the thick spectacles that I wear.
I sing badly.
Neither driving nor riding a motorcycle, that’s me.
At home, I won’t wake up until the clock shows 12 pm.
I don’t earn my own money (yet).
I always put so much trouble towards my parents.
I can’t cook tasty food.
I have an obsession of crying.
I eat a lot at the middle of the night.

Despite my imperfection,
I try my very best to be perfect.
And that makes me perfect in my imperfection.

p/s: would you still love me for all my weaknesses?

kalo suka, bole 'LIKE' :)

mencari. 10 Pictures, Images and Photos

oh no. oh my god. where are you? where did you go? halo.. halooooooo~ di mana kamu?? kat atas takde. bukan ada kat bawah ke? abis kat mana? alaaaaa, mana pulak benda alah ni. wa tengah panas dengan mouse laptop wa yang dah rosak, wa tengah pening dok pikir nak makan apa sebab perut wa dah lapar, wa dah termimpi mimpi kain kain kat kamdar. kamu pulak time ni la nak hilang. haihhh

SYERAPPPPPPPP!!!! nampak tak benda alah tu?? [tak nampak pun. mana ada.] ohhhooiiii. ni dah lebih. mana pulak aku letak menatang tu. satu rumah dah geledah ala ala csi. bilik mama dua kali aku check dengan selamber tanpa gunakan waran. bilik sendiri dah takde rupa bilik. sume sebab nak mencari kamu. tahu tak? macam mana nak tido lena selagi tak jumpa kamu. kamu paham tak?

adehh.. mana dia ni. okey okey chill babe. jom lepak makan roti bakar dulu. sambil makan sambil fikir. tapi tak dapat jawapan jugak. arghhhhhh. mungkin kena makan pizza hut baru boleh dapat idea genius. tapi boleh la tahan makan roti bakar, dapat idea nak spotcheck rumah sekali lagi. nasib baik rumah comel je, tak macam istana. kalo tak, mampuihh takmau cari dah.

huaaaa mana kamu. mana kamu. manaaaaaaa...... penat dah exercise tengah tengah malam nih. haiyoh letih la aku. malas la nak cari. lantak la tak boleh tido pun. huh. naik atas masuk bilik. EHHHHHH~~ apa dia bawah kerusi tuh? macam orange orange je kaler dia. meh usha mehhh. HAHAHAHAHAHAHHHH!! dah jumpa kamu! omg kat sini kamu ye, penat la aku mencari tak jumpa pun. boleh la tido lena malam ni. dah jumpa bucuk manje aku, si itik tak cukup vitamin!

okey, sekarang tak mahu buang masa lagi. nak tido dengan itik kesayangan. hahah. nite!

p/s: itik, awak bau gamat la. patut la pun, dah setengah tahun tak basuh. tehee~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

dot. 10 Pictures, Images and Photos

ok. short update.

baba dan mama tepuk dahi.

"kenapa la semangat sangat anak aku ni....."

aku: teheee~

pening. 10 Pictures, Images and Photos

helo bloggy..

dah lama tak update, sampai aku pun tak tau nak tulis apa. haha. tapi bosan punya pasal, boleh lah. layan jerr... so, nak cite apa nih?? pening haih.. sama seperti kepeningan aku menghadapi hari hari yang mencabar dalam hidup aku ni. sangat. kadang kadang pikir sampai macam nak gila. bila agak agak nak jadi gila tu terus aku stop pikir. hehe. tapi dah nama pun mencabar, aku pun kena lah bersabar sikit ye tak? tak kot. eh eh, ye, mesti. ye ke tak ni? haih kamu ni pun kejap ye kejap tak, yang mana satu niiii.. dah le malas nak pikirkan kemencabaran hidup aku ni. abis abis pikir pun tang tu jugak. kena sabor jugak. takde benda yang belum boleh menyetelkan lagi cabaran dan dugaan tu. jadi cik kak, sabar okey. sabar. lu paham tak wa cakap sama lu ni, SABAR! [ye le sabar la ni]..

abis kalo tiap tiap hari nak sabar je memang tak jadi ape la. hati memberontak. cewahhhh. nak buat apa ni?? pening lagi kepala aku nak memikir. apa lagi kak oii, kerja la, kerja. lu tahu tak wa nak sampaikan apa ni, KERJA! haihhh macam aku orang zimbabwe pulak tak nak paham kan. so, bekerja lah aku supaya dapat menghilangkan sikit rasa tercabar dengan cabaran tu. tu pun lepas mama aku dah bising...

bila dah kerja pun mama tetap bising. sebab terlalu komited dengan kerja. sampai lupa nak makan. nasi depan mata tolak tepi dulu dengan alasan nak siapkan keja. last last orang lain yang bedal. takpe, asal kerja siap. siang malam asyik memikirkan kerja, sebab tak nak pening kepala memikirkan cabaran dalam hidupku. kerja start 12.30 pm camtu setiap hari, sampai la saat yang aku dah tak larat nak bukak mata lagi. sampai pukul 3 pagi pun pernah jugak. mana la mama tak bising kan. pening kepala dengan perangai aku yang konon konon workaholic bukan main. aku pun pening jugak, sebab bila nak tido pun still aku pikirkan pasal kerja. kerja, kerja, deadlines.....

jadi sekarang nak buat macam mana lagi. bila tak kerja, asyik pikirkan hal yang boleh membuatkan aku touching melampau lampau. bila kerja, seronok sangat sampai kerja melampau lampau. abis apa benda yang tak terlampau?? haaaaaa... lu pikir lah sendiri..

kalo suka, bole 'LIKE' :)