weekend ni secara rasmi aku declare hari minggu tanpa facebook. bukan apa, sbb fb aku tu bosan sgt, takde ape nak tgk pun. so bila aku tak bukak dalam dua tiga hari, bole la kumpul notifications banyak skit. baru semangat nak tgk. hahahahaha. so bila tak berfb, terpaksa la berblog. adeh. tak tahu nak tulis apa nih. tulis pasal artikel yang aku baru baca tadi lah, iaitu tanda tanda hubungan anda sihat dan kuat. tu tajuk dia lepas aku dah translate guna intan translate. hehh
so apakah tanda tanda tersebut? sambil korang tunggu time nak sahur, moh le kita tengok sama sama. lets check it out ya'll.....
1. Satu permulaan yang bagus bila kita ni tahu yang kita sekarang tengah dalam hubungan. kalo korang rasa ayat aku jargon sangat, sebenarnye aku nak cakap yang korang kena sedar yang korang ni tengah "in a relationship" la. sila ambik perhatian aku bercakap tentang "dalam perhubungan" ye, bukan words macam "teman tapi mesra" or "skandal". tu bukan sign yang bagus.
2. Anda berasa bagus. tahap bagus tu bergantung kepada korang la kot. maybe ada setengah orang bagus dia tu macam terlebih excited gitu. tp ada setengah orang plak, bagus dia biasa biasa je. gelak pun satu harkat je. hah. apa yang penting hubungan yang bagus akan membuat anda berasa bagus. bukan yang macam selalu kita dok ngumpat "macam bagusss sangat je budak tu" ye.
3. Pasangan anda memperkenalkan anda kepada rakan rakan serta ahli keluarga beliau. kalau dia slamber je kenalkan, tu bermakna yang dia betul betul serius dalam perhubungan, dan boleh la kata yang korang berada dalam perhubungan yang sihat walafiat la. jadi sapa sapa yang belum jumpa rakan dan keluarga pasangan, cepat cepat la pegi melawat time raya ni untuk mintak restu mereka.
4. Anda terbuka untuk dicintai, mencintai, dipercayai dan mempercayai. fulamakk jiwang sangat ni. kalo korang rasa macam muda sangat nak guna word cinta tu, pandai pandai la korang bukak kamus dewan cari sinonim word cinta tu eh. untuk hubungan yang sihat lagi kuat serta utuh, perkara perkara ni penting ye sbb kalo suma ni takde, maka hubungan korang tu kira tak bape nak sihat la. macam kurang zat gitu.
5. Anda sentiasa boleh menjadi diri anda dan masih boleh diterima oleh pasangan anda. dalam bahasa omputih dia accept u as u are. haa camtu la gayanye. so kalo selama ni korang selalu kuar pakai baju buruk dan pasangan korang still cakap yang korang comel, maka tanda yang sihat la tu. or bila masa korang merengek rengek cakap nak berfesyen macam hana tajima (tau sebut nama je orangnye tak kenai pun) dan si dia tetap kata yang korang comel bertudung bawal nombor tiga, maka jangan la jadi macam hana tajima. jadi je diri sendiri okey.
6. Anda tak cuba untuk mengubah mereka. macam lifestyle ke, favorite food ke. kalo korang suka sangat makan tempoyak, jangan la paksa atau harap sangat pasangan korang nak suka kan. ye la, sapa yang suka orang lain suka suka hati nak ubah diri diorang kan. bila dipaksa, mesti diorg jadi tak selesa dan tu dah jadi tanda hubungan anda perlukan rawatan kecemasan.
7. Pasangan meletakkan komitmen dalam perhubungan. mesti dua dua sekali. takleh sorang je. tu namanye bertepuk sebelah tangan. satu hubungan takkan berkembang kalo kita asyik pikir adakah kita perlukan si dia ataupun adakah kita perlukan hubungan tu. jadi, terimaa je hubungan tu seadanya, enjoy it, dan usaha untuk sentiasa kekal bersama sampai bila bila.
artikel ni aku baca kat internet je, dan semestinya terlalu banyak unsur hiperbola yang aku dah letak kat sini. kalo korang nak info lebih, tanya je encik google, mesti dia boleh jawab punya!
No comments:
Post a Comment