Day 5. 10 Pictures, Images and Photos

Day 5 : Differences between you and your boyfriend/girlfriend.

fuhh.. satu hari aku memikirkan ape yang patut aku tulih utk cabaran hari ni. mencabar gilerr wa cakap sama lu bro.. time nak kena jawab soalan la baru aku nak terlupa segala macam perbezaan antara aku dan dia. yang asyik kuar dalam otak ni apakah perbezaan antara makan nasi dengan makan piza, perbezaan antara tido siang dengan tido malam. dan tak kurang dasyatnya bole pulak aku terpikir apa perbezaan antara tengok maharaja lawak dengan akademi fantasia. hailahhh kawan, tu takyah pikir pun lu boleh tau maaa.. adoii.. okeh la, untuk tidak menghampakan diri sendiri, aku nak setelkan jugak cabaran ni. mari lihat siapa yang kenaaaaaa.....

perbezaan antara saya dan ahmad mujahid:

1. saya perempuan dia lelaki. tu yang paling penting untuk dipastikan supaya nanti takde la terpampang dalam newspaper metro "suamiku seorang wanita" atau "isteriku seorang duda".. gawat bro, gawat sangat tu...

2. saya seorang yang comel, rendah dan kurus manakala dia seorang yang suwit, tinggi dan gemok. tu la hasil bila selalu dipaksa makan ayam rangup oleh saya

3. bila dah cakap pasal makan, bila pegi makan especially kat fast food restaurant, saya akan order sos cili manakala dia akan order sos tomato. kalo kami tak dapat apa yang dipinta, kami akan berasa sedih sekali. 

4. saya suka main game turbo pizza dan dia suka main game PES. mintak maaf nama penuh game tu saya taktau. maybe PESticide kot. hehh

5. ehem ehem. yang ni saya suka nak bagitau. saya sukakan jay chou. tapi tapi tapi!! tapi dia sukakan heliza, lisa surihani, siti nurhaliza, malah shakira! amboi bro ni memang saje nak bagi wa jeles kan. amik la, amik la suma, wa takkan heran sebab wa jeles je. bila dah jeles mana ada masa nak heran lagi kan?

6. saya suka menangis, tapi dia suka garang garang. tu perbezaan yang sangat selalu dapat dilihat bila tengok filem sedih. saya akan menangis tersedu sedan sampai abis tisu sekotak. dan dia dengan garangnya akan cakap "jangan nangis! nanti i pun nangis sama u baru tahu. nak ke?"

7. saya suka menyanyi tapi malangnya suara saya tak ubah macam suara cengkerik kelaparan. taknak gunakan katak lagi, sian tau. perbezaannya saya dengan si dia ialah dia suka menyanyi dan dia pun pandai menyanyi.. oohhhhh kejoraku bersatuuu.....(sila nyanyi dengan penuh syahdu ye)

8. saya suka berjalan kaki tetapi dia lagi suka menunggang basikal samrock yang dimilikinya. tu lah jawapan kepada item no. 2 yang bercerita pasal saya yang kurus dan dia yang gemok. teheee~

okeh la. tu je yang aku dapat setelah penat aku perah perah jus otak ni. wekkk sumpah tak sedap! hahaha. ok ok ok time to sleep bebeh. see u tomorow. peace yawwww~~


kalo suka, bole 'LIKE' :)

No comments:

Post a Comment