Day 6 : 3 wishes.
well, this is the hardest among the hardest task of the challenge. kalo nak cite pasal wish memang la banyak sangat. esok pagi nak pegi breakfast kat mcd pun boleh jadi wish jugak. harapan nak tido awal malam ni pun boleh jadi wish. tapi memang harapan la nak tido awal kan, dengan bloggy yang belum diupdate cabaran untuk hari ni lagi. huahhhh. okei okei, back to serious matter, and this is my serious short term, mid term and long term wish list. lebih kurang macam personal goals la:
1. jangka masa pendek: i wish to be a rock star. berangan! kalo suara sedap macam rahimah rahim takpe la jugak. ni nyanyi lagu gadis dan bunga pun pitching ke laut. aisehhh takyah berangan nak jadi rock star ye. makan honey stars sudeyy. malu tak dapat, siap kenyang perut senang hati lagi. okey la, untuk jangka masa pendek aku bagi wish yang simple jer. aku nak naikkan berat badan sampai yang telah dipersetujui oleh aku dan encik boyfie dalam perjanjian telepon [ala ala perjanjian british] satu ketika dahulu. kena naikkan berat sampai 45kg. ingat senang ke bro? wa dah makan berdozen dozen nasik pun berat wa asyik pi mai pi mai tang tu jugak. sekejap 41kg, pastu 39kg. pastu 41kg, bulan depan 39kg. boring aih asyik nombor sama ja. nak la update skit kan. ingat blog je ke nak kena update? berat badan pun kena update jugak lah, baru boleh keep fit. so dalam masa 4 bulan cuti ni aku nak kena la pulun makan sampai gemok. jadi aku ada pengumuman sikit kat sini. sapa sapa yang ada makanan lebih taknak makan jangan buang, bagi aku makan sampai abis ye. kalo buang kan membazir. hadirnya aku di sini ibarat macam tong drum, tolong selesaikan masalah anda dengan menghabiskan makanan yang tak abis. jadi sapasapa yang berminat sila hubungi saya okei. sekian terima kasih
2. jangka masa sederhana: i wish to be a better football spectator. memang sangat la cliche kan nak tengok bola sebab boyfren anda yang minat sedangkan sebelum ni tengok bola pun tak pernah. shoot~ mula mula memang la macam tu. tapi football okei what? bila dah lama lama tengok, u'll becoming to love it. walaupun tak tahu langsung apa itu bola, semata mata hanya tahu lionel messi dan luis suarez. macam aku pernah cakap dulu, tak salah berkongsi minat, dan kalo tak boleh jugak nak minat, just respect dia punya minat. so takde la jadi sesi gaduh bergaduh tangis tangisan setiap kali ada match bola sepak. jadi, wish list jangka masa sederhana aku [1<2 yrs, maybe] ialah untuk belajar lebih banyak tentang bola sepak. nak jugak tahu suma pemain bola yang ada dalam dunia ni, of course yang glemer je okei.. hehe.. then nak tahu lebih banyak rules dalam bola sepak. contoh offside, yang dari azali memang aku tak paham. "wa dah seribu kali bagitau lu offside tu apa, lu taktau lagi? gawat macam ni bro. wa rasa lu kena main bola baru lu tau lah camne offside tu." tu ayat encik boyfie kat aku bila aku tanya pasal rules bola sepak. dan semestinya ditokok tambah sikit, nak bagi ayat tu macam gempak je kan. dah tahu nama, rules, aku nak jugak tahu info info yang berkaitan dengan bola, macam perpindahan pemain utk next season punya epl ke, kes rasuah pemain negeri sembilan ke, kes skandal ryan giggs dengan adik ipar dia ke, ataupun cite pasal rooney buat treatment rambut. so takde la aku nganga lagi bila tengok bola lepas ni dan takde la dicop sebagai minah pacak yang mengada ngada nak join makan roti canai sambil tengok man u lawan liverpool sebab nak teman boyfren je. excuse me, saya nak tengok sebab luis suarez main tau!
3. jangka masa panjang: nak kawinnnnnnnn!!!! hahah. bosan aih orang dok dengaq. asyik kawin kawin kawin. tahu la lu ada boyfren, jangan la pulun sangat. rasanye tu kot orang cakap dalam hati bila aku asyik cita nak kawin. hehe. abeh kalo dok pulun bercinta taknak kawin apa citer plak bro. so takpe la kalo wa nak kawin kan. bukannya benda yang tak elok, dapat pahala siap. wa tgh get ready je nak bagi complete syarat nak kawin. kuikuikui. tapi wa punya wish list hari ni taknak bubuh nak kawin lah. wa nak bubuh something extraordinary skit. bagi mata korang korang dan korang terbeliak baca. hahah. okei okei wish jangka masa panjang [maybe in 2,3 yrs or more] aku berhasrat mahu menjadi seorang wanita [pehh wanita tuu] yang boleh berdiri di atas keyakinan diri sendiri. setelah belajar subjek personal development, aku rasa aku kena ubah cara pemikiran aku yang sangat merendahkkan diri aku sendiri. so i wish to be more confident of myself, and the most important thing is to get rid of comparing myself with others. oh oh saya nak jadi macam dia! oh oh oh macam mana nak jadi peramah macam dia! oh man, macam mana nak bagi muka saya cantik macam dia supaya awak sayang saya lebih! boleh tak saya nak pakai contact lens yang bagi mata saya jadi besar macam gadis korea. saya pun nak jadi comel macam dia~~~ OMG! watdehel ini suma?? so so hell u know, rasa macam nak pelangkung kepala sendiri especially when u didn't manage to be like what u see in others. daaa~ so kena la bubuh wish ni dalam wish list aku. confident lebih sikit bro! confident confident! wa caya sama lu bro, u can do it man!
itu saje.
No comments:
Post a Comment