r.i.n.d.u 10 Pictures, Images and Photos

what a day. haihh...
hari ni mood wa jiwang skit lah. wa tak kesah kalo lu orang nak cakap wa jiwa kacau ka, hati kristal ka, gedik tak ingat ka. muka ganas hati kiut ka. tu suma wa tak kesah lagi. sebab wa nak habaq bagi. wa rindu sama wa punya avang. ada paham ka, rindu wa cakap sama lu. rindu.

"tu la, bila boleh jumpa tiap tiap hari mau jumpa. taknak miss satu hari pun. sekarang dah cuti mana bole jumpa lagi. padan muka sama lu". wa rasa itu la yang ramai orang akan cakap kat wa sekarang. tapi wa taknak amik kesah jugak. sebab kalo wa amik kesah pun, sama jugak. bukannya bole bawak wa punya avang mai ipoh ni jalan jalan tengok wayang karaoke pi gunung lang makan laksa penang.

walopun hari ni wa dah declare hari merajuk sama avang wa, tapi dalam hati wa penuh taman jepun woo. cakap je lebih, tapi nak buat betul betul memang tak sampai hati. yelah, wa ni kan budak ayu yang sopan lagi baik hati˘) ┐. mesti avang wa bangga gila dapat gf macam wa, senang nak jaga, takyah nak pujuk segala. jimat ayat ayat puitis rock kapak meleleh leleh dia.

adehh.. sekarang nak buat macam mana lagi. merajuk tak jalan sebab peratus rindu tu banyak sangat. kalo timbang mau overweight ni. nampak gaya kena tunggu sem depan baru wa nak lompat tinggi tinggi bila dapat dating tiap tiap hari. sementara nak tunggu cuti abis, terpaksa la wa nyanyi lagu zaiton sameon je. di hati kecil ku menaruh harapannnnnn....

pen off.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

awak ialah comel. 10 Pictures, Images and Photos



Q : What makes your day today?
A : Listening to his happy voice, with his funny story telling. so cute.


kalo suka, bole 'LIKE' :)

edisi patah kaki : [J Card Day] 10 Pictures, Images and Photos

hari ni, umur aku genap 22 tahun 7 bulan. tapi bukan tu motif utama aku nak cite kat sini. aku nak story pasal hari ni, iaitu hari J Card sedunia. takde la dunia sangat kan, kat JJ Ipoh je. hehhh.. wokey la, nak panjangkan cite yang pendek nih, sume skali terjadi bila mama mengutarakan bukan mengselatankan ye, cadangan supaya aku teman mama pegi shoping. ohhh now i know. patut la petang semalam mama tak bagi bila aku cakap nak pi tgk movie sorang sorang cite lanun pulau karibin. ada ketam dalam pasir pantai rupa rupanya. nampak gaya terpaksa aku lupakan jack sparrow demi mama [dan demi barang2 yang bakal aku mintak mama belikan untuk aku].. hahaha

okey okey okey. lek lu bro. tadi tu mukadimah je. ni baru wa nak masuk real story punya. so hari ni pagi buta lagi mama dah kejutkan aku bangun, suruh siap siap nak pegi JJ. alahhh, kan awal lagi, rilek dulu.. kite chill dulu minum minum kopi makan roti canai dulu. tu yang aku nak cakap kat mama. tp malangnya tak tersampai sbb mama dah sound dulu "hari ni kamu taktau yang jam 8.30am lagi mesti JJ tu udah penuh".. adehhhh.. abeh nak kena bangun awal la ni yer??

aku pun bangun la jugak kan.. siap punya siap, kul 8.30am gerak gi JJ. rumah jauh kat pedalaman, so kena gerak awal sikit. nnt kang mama bising plak ramai orang. kalo ikut aku, senang je. nak beli barang, jalan. kalo taknak beli barang, jalan jugak. mmg dasar kaki shoping! hehh... then sampai je kat sana, JJ belum bukak pun. tapi Ya Allah orang yang menunggu, macam nak gi berperang je. aku rasa sbb JJ buat sale gila gila, so penduduk Ipoh ni pun jadi gila jugak. termasuk la aku pun.. hahaha

bukak je JJ tu, mmg suma orang tolak menolak antara satu sama lain. tak paham aku, demi biskut tin cap jacobs, minyak masak dgn pampers pun orang sanggup bermusuhan. bukannye tak dapat, juz nak kena tunggu skjp je.. alahai manusia.. dah la nak berebut, pastu depan belakang tepi suma dok tolak tolak. aku memula sabar lagi kan. yelah, nak buat camne mmg dah terlalu ramai orang. tapi sabar pun ada had dia jugak kan. kalo dah selalu sangat kena tolak, mmg aku pun nak naik angin la. nasib baik la banyak golongan makcik dan nenek je kat situ, kalo tak memang aku nak sound je "sabar sikit boleh tak? tak bertamadun langsung". amacam ayat ada gempak tak? haha

ahhh. marah banyak pun tak guna kan. baik lagi aku gi shoping. nak kata sakan tu takde la sangat. mama aku yang banyak beli barang. aku just teman je, tak beli apa apa. choppppp~~ tak beli apa apa?? memang nampak sangat tipu. berlagak innocent la kann.. hahaha. aku pun beli jugak barang sikit2.. yang paling penting dapat wallet baru.. heee.. syiok.. kitorang shoping ada la dalam 6 jam, then baru balik. nak tercabut kaki aku. nak jalan tu sbnrnya tak kisah sangat. yang jadi masalah bila ramai sangat orang bole buat aku jadi gila. memang gila. sangat. 

so, sempena dengan J Card Day hari ni, aku nak rumuskan sikit la.
1. kepada rakyat Malaysia, silalah berhemah ketika membeli belah. tak kisah la anda tu orang besar atau orang kecik, orang tua atau orang muda. sila hormat menghormati antara satu sama lain. jangan risau, minyak masak, pampers dan biskut tin jacob takkan lari jika kita ambil sikit masa untuk bersabar dan menghormati pengunjung yang lain.

2. saya ingin menyatakan bahawa saya amat berat hati nak membawa encik boyfie saya untuk berkunjung ke JJ pada J Card Day di masa akan datang. ini kerana saya risau dia akan mengalami sakit kepala yang amat melampau apabila melihat semua pengunjung berebut rebut menarik beg cap swiss polo, cadar akemi, dan tidak lupa juga biskut cap jacobs. kemungkinan besar dia akan mengalami migrain dan boleh jadi amuk dengan keadaan tersebut. sbb saya pun hampir2 nak amuk jugak tadi, tapi disebabkan saya baik hati, saya tak jadi nak amuk.

3. nak buat cadangan supaya bila sampai J Card Day, JJ bukak 24 jam biar takde la orang nak berebut rebut sangat. baru la takde sesi tolak menolak antara pengunjung. nak shoping pun senang hati. takyah tido, pi je shoping sampai lebam. kata shopaholic kannn...

ok tu je untuk hari ni. chow bebeh~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

convocation. 10 Pictures, Images and Photos

ALHAMDULILLAH.


officially, we are a Diploma in Business Studies holder.
looking forward for our BBA (Hons.) Finance in the next few years, insyaAllah.





great day.
great smiles.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

ini yang terjadi bila diserang penyakit bosan. 10 Pictures, Images and Photos

Do you swear to tell the truth the whole truth and nothing but the truth?
:: yes! errr.. i mean maybe :p

Where were you last night?
:: home.

What is today's date?
:: february 2nd, 2011

Who was the last person to call you baby/babe?
:: takde maknenye. hoihh

When you're at the grocery store do you use the self checkout?
:: sometimes. esp when u r having limited cash in ur wallet.

Anyone crushing on you?
:: jangan nak brangan. choii

What is your relationship status?
:: bujang lagi. heheh. but not available. kuota dah penuh. sekian.

Has anyone ever sang to you?
:: yes. sonok giler wa cakap sama lu. woot woot...

Has anyone ever given you roses?
:: yes. a lot of beautiful roses. and it was so wonderful.

If you were abandoned in the wilderness, would you survive?
:: haihh. taktau la.

Who do you text the most?
:: budak conget yang muncit, muncit dan muncit.

How do you make your money?
:: study until the books dont want to see ur face anymore, get a good result and apply for scholarship. haha. bole ka macam ni?

First person to text today?
:: kakakku ashiela. she texted me first.

What is your favorite color?
:: biru

What color are your eyes?
:: dark brown.

What is a compliment you receive often?
:: "intan ni lemah lembut la" "intan ni pandai la" which i dont really like. lemah lembut la sgt. menyampah mak!

How tall are you?
:: 152cm. tinggi kan?

Who was the last person to say they loved you and when?
:: encik boyfie. tgh hari td bila die dikaco oleh aku. ntah die ingat ke tak. heheh

Do you like your parents?
:: I LOVE THEM!

Do you secretly like someone?
:: i secretly like jay chou. kau ade? hahahaha

Who was the last person you said you loved on the phone?
:: encik boyfie yang muncit.

Where is the furthest place you've traveled?
:: tak jauh mana pun. dalam malaysia jugak.

Which do you prefer, to eat or sleep?
:: i prefer sleeping after eating. and eating after sleeping. wehuuu

Do you look more like your mom or your dad?
:: aku rasa ikut ayah kot.

How long does it take you to shower?
:: 5-20 minutes. or longer.

Are you flexible?
:: i think so. macam flexible curve. haha

Can you speak any other language than English?
:: yes. malay

What is the last letter of your middle name?
:: A

How many hours of sleep did you get last night?
:: cant remember. 6hrs maybe.

Do you wear your seatbelt in the car?
:: kalo duduk depan la.

Do you like funny people or serious people?
:: both.

What are you listening to?
:: love songs. mood jiwang.

What jewelry do you wear all the time?
:: my precious ring.

What do you have planned for tonight?
:: kaco encik boyfie. takpun tido jer.

Do you have a favorite item of clothing?
:: yes. ade satu blouse comey that i really like.

Last movie you saw in theaters?
:: faster.

Last thing you ate?
:: nasi.

What was last thing you drank?
:: air putih.

Are you happy right now?
:: yes. but a little bit bored.

If you could have one thing right now what would it be?
:: i want my encik boyfie. bole ka?

What were you doing at midnight last night?
:: i was sleeping, woke up bcoz i miss my encik conget, called him, tried to sleep back but i couldnt, update encik bloggy, makan 4 keping roti sebelum tido balik dan terlepas waktu menonton bola.

Are you left handed?
:: no. im right handed.

What was for dinner tonight?
:: taktau lagi.

When is your birthday?
:: somewhere in the middle of october.

Do you want to get married & have children one day?
:: nak nak nak! gatai. hahahaha
kalo suka, bole 'LIKE' :)

tak hensem pun anda. patut aku tak minat. 10 Pictures, Images and Photos

kali ni aku nak bubuh entry pasal bola sepak. ye, tepat sekali. BOLA. dalam bahasa inggeris sebut football. dalam bahasa arab sebut kuratul qadam. 

hari nih dok full la news feed kat fesbuk aku pasal fernando torres pindah dari liverpool ke chelsea. chehh, pindah jugak ka mamat nih. hari tu beria bebeno la liverpool reject offer dr chelsea tu kan. tup tup jadi jugak. watdehel?? pastu aku pun pulun la pi bukak website premierleague.com sbb nak baca pasal die kan. sejak bila jd website feveret untuk dilawati, haaa tu yang kita taktau tuh. nahh, bukak ja website tu, kat link yg ade berita die, cool je die pegang jersey kaler biru cap chelsea tu kan. bajet hensem la konon.

then aku pun dengan semangat baca berita tu. ohooo. ekceli kan, hari tu chelsea offer liverpool £30m kalo aku tak salah kukulet la. tp kena reject. tp last last die pindah gak bile dapat offer £50m. mak oiiiii. kalo aku dapat duit banyak tu, 7 keturunan pun tak abis tau. huhu. agaknye sbb tu kot die mau sangat pindah dr liverpool. memang dasar mata duitan. huh. ehh jap jap. then aku baca lagi. rupa rupanye mmg torres dah bagi permintaan secara bertulis (ala ala surat cinta) cakap yg die mau pi chelsea. haihh

disebabkan torres yang tak hensem tu, hari ni ramai org yg kuciwa. yang marah. tak ketinggalan dengan incik mumu yang turut sama sekali bengang dengan perpindahan tersebut. ya loh, die mmg suka giler ngan torres tu. siap dulu cakap nama ahmad torres. pastu bile aku cakap torres tak hensem, die bagi pandangan maut kat aku macam singa lapo sebulan tak dapat makan. tu blom aku cakap torres men tak best. mau kang die flying kick aku dari kampung morten elok je sampai rumah sewa aku. pehh, korang leh bayang tak betapa die minat ngan torres tu? last last die pindah gi chelsea plak, club yg mmg la sangat sangat incik mumu ni tak suka. mmg konfem la bengang kan.

aku plak sbg budak yang baru blajar nak minat bola sbnrnye kuciwa skit la bile torres pindah. bukan sbb aku minat die eh. no way man. die tak sehensem messi okey. aku kuciwa sbb aku tgk liverpool skrg dah smakin baik rentak diorg. dulu awal season asyik kalah je. duduk pun kat tangga bawah bawah je dalam ranking epl tu. tp skrg diorg dah maju oo.. sbb dah main dengan baik, sampai bole naik ranking no. 7. kagum aku dengan smangat diorg. lagi lagi mmg torres ni bole kata star jugak la kat team tu. bukan jugak, tapi mmg star pun. so aku rasa bile die dah pindah pi chelsea, agak frustrating la kan. aku cakap macam pro je kan? hahahaha.. boooo sama aku. poyo bajet terer pasal sukan! 

lepas nih abg taknak minat torres lagi. dalam hati aku cakap bagus sbb die tak hensem! haha. aku ajak die minat messi. die cakap tu lagi die tak suka. wuwu why why. die hensem tau. tapi of course tak sehensem abg okey. hee. tapi takpe. walopun torres dah tak men lg utk liverpool, aku nak ajak abg minat jugak liverpool. bukan sbb yusry fan setia club tu, tapi sbb nak kasi sapot la, supaya diorg bole buktikan yg diorg pun bole hidup walopun torres dah blah. bagi torres nangis skit, baru die tau yg liverpool tu best lagi dr chelsea. kau watchout haa torres! kau ingat kau hensem? aku mesti tentang kau habis habisan. kite lawan tgk sape lg hebat. jom lawan men guli!!

ingat rambut tu style sangat la?
kalo suka, bole 'LIKE' :)


jalan jalan. 10 Pictures, Images and Photos

aktiviti hari ni, pegi cameron highlands. tujuan? hantar my bro in law yg dpt keja kat equatorial hotel kat sana. pagi pagi lagi dah siap sbb excited nak pi sana. dengan konfiden dan sedikit riak, aku pi sana tanpa bawak sweater atau slimut atau pashi pashi pashmina. jawapan kpd konfiden level yg tinggi tak tentu pasal? padan muka aku, sbb kat cameron hari ni sejuk sangat. sumpah aku tak tipu. mmg sejuk die smpi ke tulang sum sum. aiceh. tp sejuk pun tetap hobi amik gamba takleh dibuang ye. sila layanzz.....

kea farm


welcome to equatorial hotel


exercise nak hilangkan sejuk!


jumpa ni kat booth jual bunga. haih

ladang teh


kalo pi cameron pun dah tak tahan sejuk, camno wa nak pi london nih.. sejuk giler yawww!
kalo suka, bole 'LIKE' :)

sesi menghabiskan tisu. 10 Pictures, Images and Photos

aku taknak cakap banyak. but i just want to share this one video with all of you. sumpah aku nangis kaw kaw punya lpas tgk ni. kalo korang tgk, aku rasa korang pun mesti nangis tersedu sedan sampai tak cukup tisu kotak yang mak korang beli kat tesco malam tadi. kalo tak nangis pun, terharu pun cukup la. kalo dua dua pun korang takde, aku rasa baik korang pi wat medical checkup okey... layanzz

chris medina
kalo suka, bole 'LIKE' :)

RM15 melayang hanya kerana wajahmu. tetapi tidak mengapa kerana aku suka. 10 Pictures, Images and Photos

ini adalah cerita kontot yang akan aku panjangkan jalan cite die.. sbb? sbb suka hati aku lah. ini incik bloggy aku.. hahaha.. okey okey.. kejadian berlaku di waktu pagi di melaka sentral. nak jadi cite, pagi td lpas tgk bas yg abg naik dah gerak menuju ke klang sentral.. aku pun mengorak langkah aku yg tak bape nak besar ni (aku ketot, so what?? anda jeles kerr????) gi jalan jalan kat dalam melaka sentral konon nak mencari ketenangan sambil menghilangkan jeles bile tgk abg dgn gembira melompat lompat naik bas transnasional dua tingkat nak balik rumah. huhu. So aku pun jalan la tanpa arah kat dalam tu.. skali terjumpa kedai majalah daa.. bagus jugak tu, lama dah aku tak beli ujang.. layan gak.. so aku pun tenung tenung jeling jeling sambil dahi berkerut kerut, cari majalah ujang.. malangnye takde la.. haihh.. baru nak sedey.. TIBA TIBA aku ternampak satu wajah yang amat aku kenali skali jadi cover reader’s digest.. homaigod homaigod homaigod.. teruja mak!! Apa lagi, aku tak pikir panjang.. eh silap.. aku tak pikir ape ape lagi dan terus aku sambar majalah tu dan masuk dalam kedai tu.. shoping skit, beli roti dgn air mineral cap pokok kaktus.. pastu dgn konfiden yang amat berbekalkan duit rm30 dalam wallet, aku pun menuju ke kaunter utk bayo.. ala bape la sgt majalah + roti + air.. tak sampai saploh hengget pun.. tu monolog aku dalam hati.. then akak tu pun kira punya kira.. tet tet tet tet (bunyi cash machine) “sume skali rm16.80 dik”.. hulamakk, apsal mahai bebeno.. tp nak wat camne, bayo je la kan.. then aku tgk la balik majalah tu.. rupa rupanye harga die rm15.. wajah yang diidamkan ramai tu harga die rm15?? oh man.. nasib baik la aku minat ko bro.. kalo tak jangan harap aku nak beli majalah yg murah sgt harga die tu.. silap silap jeling pun aku tak mau tau.. hahaha.. so aku pun membawa hati yg lara sbb duit dah tinggal separuh tapi kemudian jadi berbunga bunga bila memikirkan wajah di cover majalah tu.. heheh. cair wa cakap sama lu beb.. meh sini aku tunjuk korg majalah yg aku beli tu.. konfem korg tak leh tido malam sbb cair macam aku jugak.. hahaha

abg jay chou.. i likeee.. fewiitttt!!!!

pehh... hensem sangat mamat ni yaww.. tergoda mak.. heheh.. ni yang membuatkan hati aku nak giler pegi tgk the green hornet yg jay chou ni blakon.. abg, jom tgk jay chou.. pleaseeeeeeee............. *wink-wink* podahh buat muka manja konon.. ingat incik mujahid tu nak cair tgk muka lu yang gedik sambil tergoyang goyang mak inang pujuk die ajak pegi tgk cite nih?? lu mimpi lah! hoihhh... takpa takpa.. akan aku usaha jugak supaya abg sudi nak tgk cite ni bersama sama daku... huhu... abg, jom eh.. tgk jay chou... besh cite ni. sbb.. sbb... sbb jay chou yg blakon.. ngee~~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

pelancong tak berapa nak asing. 10 Pictures, Images and Photos

Huaahhhh… berabuk da incik bloggy nih.. alalalalaaaa sori la ye.. bukan aku tak mau update kamu, tapi aku pun takde masa nak online.. sadis kan aku nih?? hahaha... nak cite pasal life kat kbm tu, aku rasa macam byk sgt je, tak larat la nak cite.. tapi aku bgtau je la camne keadaan aku kat sana.. to cut the story short (cakap homputih sbb dah duduk bandar.. haktuihh) life aku kat kbm tu tiap tiap hari naik turun naik turun lif je.. kalo lain pun, korg juz tukar word lif tu jadi tangga.. haaa.. tu la dianye.. best tak cite aku?? best kan? baik korg kata best.. kalo tak, aku majuk.. haha.. okey lah, 4 minggu aku dah menapak kat melaka tu.. ape lagi kan, sesi jelajah menjelajah pun berlaku la.. aku ngan abg dah jadi ala ala macam pelancong tak jadi.. 1st week, kitorg jalan gi mahkota parade ngan dataran pahlawan.. lalu kat jonker walk, pastu jalan gi a famosa n kota belanda..  JALAN KAKI okey… haha.. syok giler, bukan jauh pun sbnrnye.. sekangkang kera jek.. pastu 2nd week, kitorg pegi zoo melaka plak.. manyak selonok wa cakap sama lu…. Pastu 3rd week aku gi jonker walk dgn housemates sblm jumpa abg dgn muzammil the gayat boy utk naik pirate ship… hahaha.. syok giler walopun takut.. aku takut tp spanjang kat atas pirate ship tu aku gelak je.. aku pun tak paham nape aku gelak.. maybe kepala aku bergegar skit kot time kapal tu goyang goyang.. so rasa nak jerit, tp yg jadinye gelak berdekah dekah.. huahuahua.. 4th week tak gi mana mana sbb kitorg sume balik rumah.. okey la, aku malas nak merepek lg.. aku attach gambo je k.. layannnnnzz


welcome to jonker walk~


a famosa


a famosa n dataran pahlawan on hill view

zoo melaka. kantoi jerawat nyah!

ala ala ala ala lalalalalaa... tomei tomei

monkey beryoga

tiger pemalas

kera sumbang. haha.. comei kan kera nih??

lu ade beran nak kaco gua ke bai?

an old builing on jonker street

ferris wheel @ hang tuah mall

makanan ruji kami
kalo suka, bole 'LIKE' :)

tahun pertama selepas satu dekad. 10 Pictures, Images and Photos

bye bye 2010
hello 2011


ape perasaan aku bile dah masuk tahun baru ni?? jwpnnye takde ape ape perasaan pun.. rasa mengantuk ade la.. haha.. orang lain sibuk dok buat azam baru untuk new year ni. tapi aku dengan jujur lagi ikhlas serta murni hati berkata aku takde pun azam baru.. huu.. bukannye ape, bagi aku azam baru bukan untuk dibuat masa tahun baru je.. kalo kite nak berazam, bila bila masa pun boleh. tak jadi masalah. dan tak jadi masalah jugak kalo azam tu tak dpt dicapai dalam masa satu tahun je. sbb ade setengah setengah perkara tu kite kena amik masa yg lama untuk dicapai. btul tak btul tak?? hehe.. apa apa pun, mari la kite sume doa supaya tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya dan mari jugak kite berusaha untuk jadikan hidup kite lebih baik :)

kalo suka, bole 'LIKE' :)

kasihan. 10 Pictures, Images and Photos

serius aku menyampah!
menyampahnye aku
dengan diri aku sendiri T_T
ape pasal
sume yg aku suke
org lain mesti suke jugak
sume yg aku tringin nak beli
mesti ade org lain yg beli dulu
oh oh oh
why............


jwpn:
taste aku taste yg biasa biasa je
tak unik langsung
sedar diri tu sikit!
huu ):

kalo suka, bole 'LIKE' :)

dia suka edisi dua. 10 Pictures, Images and Photos

cabaran sebelum tengah malam.

Mulakan 10 ayat yang bermula dengan "Boyfriend / Girlfriend saya suka gelakkan saya bila................" dan satu gamba anda bersama boyfriend / girlfriend anda yang anda rasa comel.

1. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila saya cakap taknak lagi beli baju dan kasut sebab dia tak percaya saya bole buat macam tu.

2. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila saya cakap yang tinggi kami sudah hampir sama dan esok saya akan jadi lebih tinggi daripadanya.

3. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila nampak saya pakai tudung ekin atau selendang atau tudung yang pelik pelik sebab mesti sebelum tu saya mati mati cakap taknak pakai.

4. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila saya cakap tembam kat pipi saya dah kurang.

5. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila saya cakap nak bawa dia dan kawan kawan naik kereta yang saya  sendiri pandu sebab dia kata kaki saya mesti tak sampai nak tekan minyak.

6. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila saya cerita kat dia yang saya ngences waktu tido.

7. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila dia dengar saya menyanyi.

8. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila merepek dan berangan yang bukan bukan.

9. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila saya buat mulut yang muncung lagi conget.

10. Boyfriend saya suka gelakkan saya bila teringat waktu saya pakai jeans yang kembang di bawahnya.


kalo suka, bole 'LIKE' :)

aku sangat jeles okey. 10 Pictures, Images and Photos

ni ayat first aku nak jerit bagi malaya dengar:

AKU NAK BASIKAL JUGAK!!!!!

haaa, ada gegar tak korg nye rumah?? heheh. sbnrnye hari ni ade sorg budak boncit tu *encik boyfie* dah beli basikal utk die bwk gi melaka nnt. bile aku tgk gamba die bersuka ria dgn basikal tu? jeles yang amat wa cakap sama lu! siap bole ckp dgn aku basikal tu anak kesayangan die. okey tu tak bape nak jeles sgt sbb selamat pangkat tak turun jd bini nombor dua. hehh

aku pun nak gi klas nek basikal jugak walopun kampus tu cuma beberapa langkah dr rumah sewa aku nnt. pastu nak jugak aku nek basikal gi ronda ronda melawat encik boyfie kat rumah die nnt. pastu bole la kitorg nek basikal gi jalan jalan dating kat bandar tu. jadi mcm pelancong asing yang tak brapa nak asing sgt sbb sorg muka jawa, pastu sorg lagi mulut conget, sahih banjar. tp ade kitorg kesah?? nak basikal jugak!!!!!

lpas aku dpt tau encik boyfie nak beli basikal, aku start search kat tenet ni basikal sekenhen yang murah2.. tp hampeh yg amat. yg ade pun harga riban riban. drpd habis duit aku beli basikal, bek aku guna duit yg beriban tu pi kawin. gatai sangat. haha. kalo ade yg murah pun die jual parts basikal tu je.. siap ade org jual palang basikal tu je. takpun die jual basikal posmen. apakah???




aku cedok gamba gamba nih kat mudah.my

lpas dah usha usha sakan kat tenet.. apa lagi, takyah letak gula kat mulut ni. tetibe je ayat manis kaw kaw bole kna kencing manis aku bg kat mama aku. "mama, nak basikal jugak. mujed pun beli basikal. *wink**wink*". mama aku macam biasa la. bukan nak bg sgt. tp aku pujuk jugak. siap ajak gi giant tgk ade tak basikal yg murah. semangat giler nak beli basikal nih. hahaha

yg baba aku plak bagi cadangan baik punye. die suro aku bawak basikal syerap gi melaka. whoaaaa~~ baba aku ingat aku umur 5 thn jugak ka??? huhu. baba beli basikal tu kat pasar antik last week. harga die rm65. purpose asal mmg nak bagi kat syerap tu. tp die taknak blajo plak. kata besor sgt la, tinggi sgt la. alasan. haih.  sudahnye baba pass kat aku. mama pun trus setuju ja. alaa, org nak basikal "monton bike". huhuhu. tu la yg aku ckp kat baba mama aku.. tp mama ckp "ala, okey pe basikal syerap ni. takde la kecik pun. tgk baba bawak pun okey je" sambil2 tu dituding jari kat baba yg tgh test basikal tu. adehh... dah rupa p ramlee bawak basikal penyamun dalam cite ali baba tau.. haha

pastu baba ckp lagi "seat ni naikkan skit, pastu handle die pun naikkan skit. pastu bole la bawak". alaa, nak "monton bike". wuwu. agaknye baba dah boring dgr aku asyik dok ckp monton monton monton ja, sampai die pun surrender. ekeke. ada harapan nak dpt basikal.. wehuu.. lpas ni bole la join kelab basika ronda ronda bandaraya melaka.. tu pun kalo btul dapat la. kalo tak dapat, tepaksa jugak la bawak basikal syerap tuh. huhu. bole la tu, dapat jugak ronda ronda. nak suro encik boyfie carry nek basikal baru? tunggu dalam mimpi je. tu pun kalo die nak. anak kesayangan la katakan. huhu

basikal ni baba suro aku bawak.

okey la, aku nak pi sambung menjeleskan diri nih. lagipun takot nnt kena cubit dgn encik boyfie sbb tido lambat. kantoi naye aku beb. huaaaa takot giler... jom jom pi mimpi cite hikayat. dulu ada lima hang kat melaka. hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiu. lpas aku ngan encik boyfie gi sana, akan tambah lg dua hang iaitu HANG BUAT PA dgn HANG PA DIA. tunggu......

kalo suka, bole 'LIKE' :)

edisi sebelum subuh. 10 Pictures, Images and Photos

hahahaha. bosan plak aku ni melangut sorang sorang di pagi yg sejuknye menyengat. pehh ayat mau power jek. lolz punya budak. haha. so so aku nak habaq ni.. hari ni insyaAllah tamat la sudah puasa ganti aku untuk tahun ni. eh eh silap. tahun lepas. puasa ganti? nampak sangat kantoi tak puasa penuh puasa Ramadhan hari tu.. hahaha. tak kesah la kan. bukan saje saje tak nak puasa yaw, ade sebab yaw.. haaa

selalunye kalo aku puasa kat rumah ni, takde maknenye aku nak bangun sahur. kalo bangun pun juz minum air je. pemalas punya budak. haihh. tapi aku taktau la nape dua hari ni aku agak rajin nak sahur. semalam risau pasal keputusan degree nak gi mana. tak bole tido sampai perut berkriuk kriuk. ingat megi je ke ade kriuk kriuk? haha. pastu dengan slamber aku gi turun makan nasi. pehh ni bukan nak puasa ni. ni macam stok taknak makan sampai sebulan je. nasi double utk sahur. aku kagum dengan diri sendiri. huahuahua

pastu malam tadi aku tringin plak nak makan roti canai. tp sampai tido tak nampak pun bayang roti canai tu. bau apatah lagi, mmg tade la kan. wuwu aku sedih. tapi tapi tapi.. haaaa.. tiba tiba aku terjaga sbb baba aku kejutkan aku. mama aku pun terjaga pastu slamber cakap "fifie cakap takmau pegi sbb nak tido". kantoi skali lagi, dah besar panjang *panjang kerr* pun still tido dengan mak. tetttt. ok sambung. pastu baba aku pun dengan slamber jugak cakap "takpe takpe. baba dah beli roti canai". huahhh. terbeliak sat mata aku. cerah je aku tgk baba aku. eh, dah tak rabun ka aku nih? ceittt. rupa rupanya tido tak bukak spek laaaa...

"wokey baba. jap lg fifie turun". lpas tu aku pun turun makan. ade roti canai dengan capati. aisehh. dua dua pun sedap. dua dua pun aku suka. nak makan yang mana ni? takpe takpe. mari makan dua dua skali. heheh. badak punye selera pun tak macam aku tau! apa apa pun, thanks baba kerana membeli roti canai untuk saya!

alhamdulillah kenyang. sekarang ni nak tunggu waktu subuh. lpas tu.. lpas tu.. nak turun buat keja rumah. hehehehehhhh. jangan mimpi akan berlaku. konfem konfem tido punya. hahaha. okey okey, dah azan. mari solat! have a great day ahead :)


kalo suka, bole 'LIKE' :)

silakan tolong. 10 Pictures, Images and Photos

woot woot.........
hari ni ade sorg lg budak tanya aku.
"apa rahsia kejayaan anda?"
"macam mana anda belajar?"
adehh.. aku tak bole nak jawab.
sbb aku pun taktau.
apa kata kite tanya pendapat org lain.
encik boyfie, sila jalankan tanggungjawab anda.
tolong saya jawab soalan soalan tu.
mereka menanti jawapan anda.
terima kasih saya ucapkan.
*love**love*

p/s: walaweiiiiii... 
malaysia menang 2-0 kat bukit jalil td.
sonok aku tgk bola bersama keluarga.
hoping for miracle in vietnam.
MALAYSIA BOLEH!


kalo suka, bole 'LIKE' :) 

sang nila utama. 10 Pictures, Images and Photos

okey. edisi kali ni aku start dgn skit conversation yg aku curik curik dengar.

Baba: mama, nnt tolong nilakan baju baba. biasa la kaler putih, lama lama jd cam kuning kan. huduh sangat.
Mama: lah, mmg tiap kali basuh pun mama nila ape.
Baba: loh, yeker. tapi awat macam tak nila jer. pastu ade tompok plak nih. adehh, wut hepen to my baju…
Mama: hah, tu la. mama nila then baju tuh jadi tompok tompok. buruk bebeno tgknye..
Baba: abeh nak wat cene nih?
Mama: takpe takpe. u don’t wori. nnt kite serahkan je kat fifie. die terer bab nila menila baju ni.

hehh. tu la die sembang sembang teh o antara baba n mama aku. pasal baju pun nak jd issue kan haha. sbnrnye aku agak berbangga jugak la pasal mama aku kata aku terer nila baju.huahuahua. apa dia la minah ni mengarut kan. tak kesah la sbb aku still bangga dgn pujian mama aku. kembang hidung aku ni. rasa rasa lpas ni muat nak sumbat bateri energizer saiz D. hehh

nak cite pasal nila nih, aku blajar nila baju sejak skolah menengah lagi. time tu aku still skolah kat melaka. hoh, cite pasal melaka. dulu dulu kitorg sume budak budak skolah suka la sangat tunjuk skill nila baju. suma dok lawan sape plng terer nak bagi baju skolah nampak mcm baru beli. pastu lawan sape yg paling poyo nila baju sampai kaler die sama macam baju skolah pengawas. hahaha. aku pun dgn poyonye telah terjebak dalam memoyokan diri utk kelihatan poyo dgn pakai baju skolah yg kaler putih dah jadi biru dan secara poyonye telah ditangkap pengawas yg bertugas yg begitu poyo marah aku sbb blagak dan brangan poyo nak jd mcm diorg. hahaha.

pastu lpas pindah ipoh, dah takde tradisi lawan melawan baju sape paling biru sbb budak budak skolah sini macam tak berminat je. maybe sbb duduk kat bandar, so tak heran kalo baju dah tak cun. kat kedai ade banyak lagi stok. atau maybe mmg diorg tak berminat nak nila baju sbb menyusahkan diri je. huhu. aku plak, dah tak leh nak tinggal rutin aku mencelup celup baju dalam rendaman air yg berwarna biru setiap hari. huahua. so hikmahnya, baju skolah CANGGIH *mesti sebut okey* aku elok dan cun dan bole dipakai dari aku form 2 sampai la aku abis spm. terima kasih nila!

diriku menjadi canggih apabila memakai baju skolah cap canggih.

okey, patah balik kat story teh o baba ngan mama aku. akhirnya aku dah dimintak oleh mama aku untuk menila baju baba. ayat manis mama “fifie terer nila baju kan. apa kata fifie tolong sat nila baju baba. mama buat tak jadi la, die bertompok plak. hehh”. aku pun bangun la pegi tolong. ehh, apsal rasa berat sangat nak bangun nih? malaskah aku mau tolong mama? oh tidak. jangan. aku tak mau jd anak derhaka. aku cuba bangun lg walaupun berat giler rasa badan aku. bile dah berjaya bangun, aku gi cermin. baru aku sedar apa yg membuatkan aku terasa berat yg amat nak bangun. aku dapati kembang hidung makin bertambah. kali ni tgk macam dah bole masuk botol air mineral. dan muka jugak makin mengembang seperti belon. sume ni berlaku sbb aku yg terlalu bangga dgr pujian mama td. kasi saspen je. haihh...

abaikan kekembangan yg berlaku. aku pun gi la nila baju baba. ade dalam enam helai sumenye. nak cite cara cara nila baju yg paling efektif yg menjadikan baju anda seperti yg baru? jom ikut steps yg mudah ni.

1. sediakan air dalam setengah baldi camtu.
2. then titikkan nila dalam 8-10 titik utk dapatkan kaler yg aku rasa paling perfect. tapi ikut la kalo korg nak kurang atau lebihkan lg nila tu. ikut kreativiti ye. nila yg aku suka ialah nila cap ujala. banyak kat kedai boncit. jgn risau, murah je.
3. pastu amik baju putih, korg kibas kibas skit bagi die jgn melekat. biasanye kalo nak nila baju, guna baju yg still lembab baru cantik. dan jimat masa sbb takyah nak keringkan smpi dua kali.
4. then, kemuncaknya. celup celup baju dalam air nila yg korg dah sediakan td. pastu angkat dan perah. 
5. kibas kibas lagi skali bagi die tak melekat.
6. pastu korg bole la gantung kat hanger dan biar die kering.
7. hasil, baju putih yg nampak macam baru! hehe.
Amaran: baju yg dah dinila jgn bagi kena air sbb bole rosakkn nila tu. tu yg jd tompok tompok kat baju. pastu jgn jemur kat tgh panas dlm masa yg lama sbb kaler nila tu akan hilang. kalo nak sidai, sekejap je. pastu kalo korg dah ternila baju tu biru sgt, jemur kat panas smpi kaler die pudar smpi korg puas hati.

nila kegemaranku.

Aku: mama, dah nila baju baba. amacam, macam baju baru tak? heheh.
Mama: ye ye, mmg cantik. mmg fifie je la yg paling terer nila baju kat rumah ni. hehh

oh. sekarang aku rasa kepala aku plak yg kembang!
kalo suka, bole 'LIKE' :)