dot. 10 Pictures, Images and Photos

one word: [sad]



two words: [missing him]

kalo suka, bole 'LIKE' :)

berani kau! 10 Pictures, Images and Photos

oh hooooo hoooooi.. ni bole bikin wa panas ni. berani betul lu buat macam ni kan. apa lu ingat lu hensem sangat ka bro? errrr.. memang hensem. ahh tapi tu tak boleh jadi alasan lah. apa lu ingat lu hensem suka suka hati lu nak curang dengan wa? lu tahu tak betapa wa keciwa dengan perangai lu tu? bila dah busy, dah glemer banyak orang kenal, lu lupa kat wa. bila lu nampak awek cun baik punya terus terpikat sampai lu lupa kat wa. lupa time lu beria sangat nak ngorat wa dulu. lu boleh blah la weiiii!! takpe takpe, lu tgk la nnt. wa cari pakwe lagi hensem daripada lu. time tu lu jgn nak dtg cari wa lagi. haihh.. lu ni kan, memang la kan. suka suka hati nak mainkan perasaan wa.. ohh kecewaaaaa.......

korang nak tau apa dia dah buat kat wa?? tengok la ni..




ngekk la akim nih. dulu dalam vc inilah cinta pulun abis nak ngorat gf dia. skali bila dah jadi artis, lupa abis gf di kampung. hampagas betul. berani kau!

p/s: drama kat atas tu aku yang tolong reka untuk gf akim dalam vc nih. tade kena mengena dengan aku eh :p apa apa pun akim hensem walaupun anda curang! fewiiitttttt~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 7. 10 Pictures, Images and Photos

Day 7 : A picture of yourself this day and 3 good things that happened since you started the challenge.



pertama sekali, sila abaikan drama melayu kat belakang aku tu ye. oraitss, ni dia task terakhir untuk cabaran ni. dan soalan yang terakhir, 3 perkara baik yang berlaku selepas saya memulakan cabaran ini:

1. hazama menang af 9. well its a good thing to know, sebab memang dia layak pun. tapi tu tak bermakna aku minat dia okei. cuma menyokong bila dia jadi juara.

2. dapat mempraktikkan apa yang telah aku pelajari semasa satu sem di melaka. nak tau apa dia? kalo bagitau ni mesti korang suma takkan nak pecaya punya lah. tapi benda ni memang betul pun. hari ni membuktikan bahawa kelas window shopping selama satu sem telah membuatkan aku lebih suka berjimat cermat. fulamak wa cakap sama lu wa pun macam nak nangis sedu sedan bila wa tak tergoda langsung dengan kadbod sale 80%. dalam kepala punya itu ini wa nak beli tapi bila wa pegi tengok, wa tak beli. sebab? sebab wa rasa benda yang wa nak beli tu priority dia belom sampai tahap kritikal lagi. walaweiiiii kagum giler dengan diri sendiri! bravo bravo!!!

3. dapat geng tgk bola kat rumah iaitu baba. selalu kat rumah mana ada sape nak layan aku tengok bola. yang ada pun syerap la. tu pun bukan dia tau team mana nak sokong. setakat pilih nak yang baju merah or putih ja. aisehmennnn tak thrill langsung. hahaha. bila baba dah ajak layan bola ni, baru lah semangat skit. tak kira la walopun yang lawan kelantan dengan terengganu pun, tapi kami tetap layan. good sign, boleh ajak tgk bola bila epl dah start nnt. wehhuuuu

okei lah. dah abis pun 7 days challenge ni. see u in the next challenge, kalau ada! :)
kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 6. 10 Pictures, Images and Photos

Day 6 : 3 wishes.

well, this is the hardest among the hardest task of the challenge. kalo nak cite pasal wish memang la banyak sangat. esok pagi nak pegi breakfast kat mcd pun boleh jadi wish jugak. harapan nak tido awal malam ni pun boleh jadi wish. tapi memang harapan la nak tido awal kan, dengan bloggy yang belum diupdate cabaran untuk hari ni lagi. huahhhh. okei okei, back to serious matter, and this is my serious short term, mid term and long term wish list. lebih kurang macam personal goals la:

1. jangka masa pendek: i wish to be a rock star. berangan! kalo suara sedap macam rahimah rahim takpe la jugak. ni nyanyi lagu gadis dan bunga pun pitching ke laut. aisehhh takyah berangan nak jadi rock star ye. makan honey stars sudeyy. malu tak dapat, siap kenyang perut senang hati lagi. okey la, untuk jangka masa pendek aku bagi wish yang simple jer. aku nak naikkan berat badan sampai yang telah dipersetujui oleh aku dan encik boyfie dalam perjanjian telepon [ala ala perjanjian british] satu ketika dahulu. kena naikkan berat sampai 45kg. ingat senang ke bro? wa dah makan berdozen dozen nasik pun berat wa asyik pi mai pi mai tang tu jugak. sekejap 41kg, pastu 39kg. pastu 41kg, bulan depan 39kg. boring aih asyik nombor sama ja. nak la update skit kan. ingat blog je ke nak kena update? berat badan pun kena update jugak lah, baru boleh keep fit. so dalam masa 4 bulan cuti ni aku nak kena la pulun makan sampai gemok. jadi aku ada pengumuman sikit kat sini. sapa sapa yang ada makanan lebih taknak makan jangan buang, bagi aku makan sampai abis ye. kalo buang kan membazir. hadirnya aku di sini ibarat macam tong drum, tolong selesaikan masalah anda dengan menghabiskan makanan yang tak abis. jadi sapasapa yang berminat sila hubungi saya okei. sekian terima kasih

2. jangka masa sederhana: i wish to be a better football spectator. memang sangat la cliche kan nak tengok bola sebab boyfren anda yang minat sedangkan sebelum ni tengok bola pun tak pernah. shoot~ mula mula memang la macam tu. tapi football okei what? bila dah lama lama tengok, u'll becoming to love it. walaupun tak tahu langsung apa itu bola, semata mata hanya tahu lionel messi dan luis suarez. macam aku pernah cakap dulu, tak salah berkongsi minat, dan kalo tak boleh jugak nak minat, just respect dia punya minat. so takde la jadi sesi gaduh bergaduh tangis tangisan setiap kali ada match bola sepak. jadi, wish list jangka masa sederhana aku [1<2 yrs, maybe] ialah untuk belajar lebih banyak tentang bola sepak. nak jugak tahu suma pemain bola yang ada dalam dunia ni, of course yang glemer je okei.. hehe.. then nak tahu lebih banyak rules dalam bola sepak. contoh offside, yang dari azali memang aku tak paham. "wa dah seribu kali bagitau lu offside tu apa, lu taktau lagi? gawat macam ni bro. wa rasa lu kena main bola baru lu tau lah camne offside tu." tu ayat encik boyfie kat aku bila aku tanya pasal rules bola sepak. dan semestinya ditokok tambah sikit, nak bagi ayat tu macam gempak je kan. dah tahu nama, rules, aku nak jugak tahu info info yang berkaitan dengan bola, macam perpindahan pemain utk next season punya epl ke, kes rasuah pemain negeri sembilan ke, kes skandal ryan giggs dengan adik ipar dia ke, ataupun cite pasal rooney buat treatment rambut. so takde la aku nganga lagi bila tengok bola lepas ni dan takde la dicop sebagai minah pacak yang mengada ngada nak join makan roti canai sambil tengok man u lawan liverpool sebab nak teman boyfren je. excuse me, saya nak tengok sebab luis suarez main tau!

3. jangka masa panjang: nak kawinnnnnnnn!!!! hahah. bosan aih orang dok dengaq. asyik kawin kawin kawin. tahu la lu ada boyfren, jangan la pulun sangat. rasanye tu kot orang cakap dalam hati bila aku asyik cita nak kawin. hehe. abeh kalo dok pulun bercinta taknak kawin apa citer plak bro. so takpe la kalo wa nak kawin kan. bukannya benda yang tak elok, dapat pahala siap. wa tgh get ready je nak bagi complete syarat nak kawin. kuikuikui. tapi wa punya wish list hari ni taknak bubuh nak kawin lah. wa nak bubuh something extraordinary skit. bagi mata korang korang dan korang terbeliak baca. hahah. okei okei wish jangka masa panjang [maybe in 2,3 yrs or more] aku berhasrat mahu menjadi seorang wanita [pehh wanita tuu] yang boleh berdiri di atas keyakinan diri sendiri. setelah belajar subjek personal development, aku rasa aku kena ubah cara pemikiran aku yang sangat merendahkkan diri aku sendiri. so i wish to be more confident of myself, and the most important thing is to get rid of comparing myself with others. oh oh saya nak jadi macam dia! oh oh oh macam mana nak jadi peramah macam dia! oh man, macam mana nak bagi muka saya cantik macam dia supaya awak sayang saya lebih! boleh tak saya nak pakai contact lens yang bagi mata saya jadi besar macam gadis korea. saya pun nak jadi comel macam dia~~~ OMG! watdehel ini suma?? so so hell u know, rasa macam nak pelangkung kepala sendiri especially when u didn't manage to be like what u see in others. daaa~ so kena la bubuh wish ni dalam wish list aku. confident lebih sikit bro! confident confident! wa caya sama lu bro, u can do it man!

itu saje.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 5. 10 Pictures, Images and Photos

Day 5 : Differences between you and your boyfriend/girlfriend.

fuhh.. satu hari aku memikirkan ape yang patut aku tulih utk cabaran hari ni. mencabar gilerr wa cakap sama lu bro.. time nak kena jawab soalan la baru aku nak terlupa segala macam perbezaan antara aku dan dia. yang asyik kuar dalam otak ni apakah perbezaan antara makan nasi dengan makan piza, perbezaan antara tido siang dengan tido malam. dan tak kurang dasyatnya bole pulak aku terpikir apa perbezaan antara tengok maharaja lawak dengan akademi fantasia. hailahhh kawan, tu takyah pikir pun lu boleh tau maaa.. adoii.. okeh la, untuk tidak menghampakan diri sendiri, aku nak setelkan jugak cabaran ni. mari lihat siapa yang kenaaaaaa.....

perbezaan antara saya dan ahmad mujahid:

1. saya perempuan dia lelaki. tu yang paling penting untuk dipastikan supaya nanti takde la terpampang dalam newspaper metro "suamiku seorang wanita" atau "isteriku seorang duda".. gawat bro, gawat sangat tu...

2. saya seorang yang comel, rendah dan kurus manakala dia seorang yang suwit, tinggi dan gemok. tu la hasil bila selalu dipaksa makan ayam rangup oleh saya

3. bila dah cakap pasal makan, bila pegi makan especially kat fast food restaurant, saya akan order sos cili manakala dia akan order sos tomato. kalo kami tak dapat apa yang dipinta, kami akan berasa sedih sekali. 

4. saya suka main game turbo pizza dan dia suka main game PES. mintak maaf nama penuh game tu saya taktau. maybe PESticide kot. hehh

5. ehem ehem. yang ni saya suka nak bagitau. saya sukakan jay chou. tapi tapi tapi!! tapi dia sukakan heliza, lisa surihani, siti nurhaliza, malah shakira! amboi bro ni memang saje nak bagi wa jeles kan. amik la, amik la suma, wa takkan heran sebab wa jeles je. bila dah jeles mana ada masa nak heran lagi kan?

6. saya suka menangis, tapi dia suka garang garang. tu perbezaan yang sangat selalu dapat dilihat bila tengok filem sedih. saya akan menangis tersedu sedan sampai abis tisu sekotak. dan dia dengan garangnya akan cakap "jangan nangis! nanti i pun nangis sama u baru tahu. nak ke?"

7. saya suka menyanyi tapi malangnya suara saya tak ubah macam suara cengkerik kelaparan. taknak gunakan katak lagi, sian tau. perbezaannya saya dengan si dia ialah dia suka menyanyi dan dia pun pandai menyanyi.. oohhhhh kejoraku bersatuuu.....(sila nyanyi dengan penuh syahdu ye)

8. saya suka berjalan kaki tetapi dia lagi suka menunggang basikal samrock yang dimilikinya. tu lah jawapan kepada item no. 2 yang bercerita pasal saya yang kurus dan dia yang gemok. teheee~

okeh la. tu je yang aku dapat setelah penat aku perah perah jus otak ni. wekkk sumpah tak sedap! hahaha. ok ok ok time to sleep bebeh. see u tomorow. peace yawwww~~


kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 4. 10 Pictures, Images and Photos

Day 4 : What is in your purse?

OMG~~~ memang challenging gila task hari ni. apa lu sebuk nak tau apa ada dalam aku nye purse? haih. susah la ini macam. nak kena kuarkan suma yang ada dalam wallet and bgtau.. duit berkepuk kepuk, takut kena rompak pulok. hehh.. suma demi nak capai cita cita completekan cabaran tujuh hari ni tahu? okey lah, bila dah explore punya explore, yang paling banyak benda dalam wallet aku sudah semestinyalah kertas. apa ingat ada duit banyak sangat ka? mimpi je lah.. daaa~ orait, meh nak list lagi apa ada dalam wallet akak nih:


1. kad pengenalan
2. kad bank
3. kad nama (namecards lah)
4. kadbod, kad kawin. tu cari penyakit namanye kalo letak dlm wallet
5. dua keping gamba jejaka pujaan malaya
6. kain lap spek
7. duit ketas RM2 yang diamanahkan untuk aku simpan
8. resit resit lama

hah, tu je la kot.


kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 3. 10 Pictures, Images and Photos

Day 3 : A song to match your mood.


[bertemu cinta]

okey, juz ignore the lyrics. sebab melody lagu ni yang match dengan mood aku sekarang. mood ape? haaaa, korang dengar lagu ni macam slow je kan? bukan macam, tapi memang slow pun.. haha.. ni la mood aku untuk masa sekarang ni, slow mellow je.. nak pakai jargon skit, mood aku sekarang ni ialah mood melankolia. ada paham melankolia? tak paham takpe sebab aku pun bukan paham sangat. hehh

sebab apa mood aku melankolia aka slow? sebab memang aku ni slow pun. hahah. bukan lah. sebab yang paling utama rasanya sebab sekarang hidup aku agak slow kot. ye lah, bukan ada aktiviti sangat kat rumah ni. tak abis abis makan tido online tengok maharaja lawak. pastu kalo dah takde keja sangat, mesti tak lain tak bukan mesti aku buat keja termenung. haihh mana la tak slow kan, otak pun jadi lembabsss tahu?

pastu mood aku jadi melankolia sebab apa lagi. sebab dok gila bayang kat encik boyfie tu la. haish. adehhh sedih sangat ni. tak tahu la nak bagitahu mcm mana lagi. kalo asyik canang kang bosan plak. tapi nak buat macam mana lagi. ok lagi kot kalo dok canang aku rindu boyfie aku daripada canang aku rindu jay chou. mau kena cepuk kaw kaw tiaw punya. to be honest, this is the biggest challenge for me, right now. dan sangat perlukan thousands of sacrifice and patience of course. so sebab tu kena layan mood slow.

jadi tu je nak cite untuk cabaran hari ni. now you can look into the lyrics. dengar la lagu ni kalo nak tahu!
kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 2. 10 Pictures, Images and Photos

Day 2 : Something you dont leave your house without.


benda yang paling penting bila kuar rumah.. duit? henpon? handbag? ahaaa.. tu maybe jawapan korang, tapi bukan aku. benda yang paling penting bila aku nak kuar rumah ialah seperti dalam gamba bawah ni:


[kad pengenalan]

sebab apa kad pengenalan yang paling penting? sebab yang paling utama ialah supaya aku tak dicop sebagai pendatang asing atau amah yang datang dari vietnam atau myanmar. pastu kad pengenalan ni penting, kot kot la anything happen tengah jalan tu kan, kad pengenalan la yang dapat tolong. handbag nak tolong korang? tolong menyusahkan ada la. buatnya ada peragut pulak, aisehmennnn kacau bro..

sebab apa duit tak berapa penting untuk aku? sebab aku ni bukan sepanjang masa ada duit. kalo duit yang paling penting, buatnya tengah tengah kopak, takde duit memang tak boleh kuar rumah la. dok la aku berhibernasi dalam rumah sambil berharap duit jatuh dari langit. memang tak la kan.lagipun kalo kat rumah ni mmg mama aku tak bagi sangat bawak duit pun, bawak kad pengenalan je.

okey okey. henpon pulak. sebab apa henpon tak bape penting untuk kuar dari rumah? sebab kadang kadang aku boleh terlupa nak bawak henpon bila kuar. nampak sangat tak bape nak penting kan? tapi kad pengenalan mana boleh lupa. taknak kena cop pendatang weiiiii.....

jadi sebab itulah kad pengenalan adalah benda yang tidak boleh dilupakan apabila kuar meninggalkan rumah.
kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 1. 10 Pictures, Images and Photos

Day 1 : Tell about you and your lovers.
-me-
1. budak comot muka byk jerawat suka muncung
2. sorg yg pemalas sgt tp mkn byk
3. suka nyanyi dan sbbkan hujan lebat serta kilat sabung menyabung


 -my lovers-
[family]
1. baba, mama, 7 siblings trmasuk saya
2. 2 abg, 4 kakak yg suka membuli
3. suka buat gathering makan2 bila suma org free

[ahmad mujahid]
1. budak conget muka comel suka garang2
2. suka mkn byk tp bdn tak gemok pun
3. suara sedap bak buluh lemang

[best friends]
1. orang orang paling gila penah aku jumpa 
2. banyak sembang tapi banyak belajar. bagus
3. sekarang suma dah merantau bersepah sepah

kalo suka, bole 'LIKE' :)

7 days challenge! 10 Pictures, Images and Photos

Day 1 : Tell about you and your lovers.
Day 2 : Something you dont leave your house without.
Day 3 : A song to match your mood.
Day 4 : What is in your purse?
Day 5 : Differences between you and your boyfriend/girlfriend.
Day 6 : 3 wishes.
Day 7 : A picture of yourself this day and 3 good things that happened since you started the challenge.

r.i.n.d.u.2 10 Pictures, Images and Photos

lima yang saya rindui ketika ini:

1. melalak merosakkan lagu.


2. sjora pineapple.


3. ayam rangup extra spicy.


4. funfair belakang rumah.


5. si baju kotak kotak.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

r.i.n.d.u 10 Pictures, Images and Photos

what a day. haihh...
hari ni mood wa jiwang skit lah. wa tak kesah kalo lu orang nak cakap wa jiwa kacau ka, hati kristal ka, gedik tak ingat ka. muka ganas hati kiut ka. tu suma wa tak kesah lagi. sebab wa nak habaq bagi. wa rindu sama wa punya avang. ada paham ka, rindu wa cakap sama lu. rindu.

"tu la, bila boleh jumpa tiap tiap hari mau jumpa. taknak miss satu hari pun. sekarang dah cuti mana bole jumpa lagi. padan muka sama lu". wa rasa itu la yang ramai orang akan cakap kat wa sekarang. tapi wa taknak amik kesah jugak. sebab kalo wa amik kesah pun, sama jugak. bukannya bole bawak wa punya avang mai ipoh ni jalan jalan tengok wayang karaoke pi gunung lang makan laksa penang.

walopun hari ni wa dah declare hari merajuk sama avang wa, tapi dalam hati wa penuh taman jepun woo. cakap je lebih, tapi nak buat betul betul memang tak sampai hati. yelah, wa ni kan budak ayu yang sopan lagi baik hati˘) ┐. mesti avang wa bangga gila dapat gf macam wa, senang nak jaga, takyah nak pujuk segala. jimat ayat ayat puitis rock kapak meleleh leleh dia.

adehh.. sekarang nak buat macam mana lagi. merajuk tak jalan sebab peratus rindu tu banyak sangat. kalo timbang mau overweight ni. nampak gaya kena tunggu sem depan baru wa nak lompat tinggi tinggi bila dapat dating tiap tiap hari. sementara nak tunggu cuti abis, terpaksa la wa nyanyi lagu zaiton sameon je. di hati kecil ku menaruh harapannnnnn....

pen off.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

awak ialah comel. 10 Pictures, Images and Photos



Q : What makes your day today?
A : Listening to his happy voice, with his funny story telling. so cute.


kalo suka, bole 'LIKE' :)

edisi patah kaki : [J Card Day] 10 Pictures, Images and Photos

hari ni, umur aku genap 22 tahun 7 bulan. tapi bukan tu motif utama aku nak cite kat sini. aku nak story pasal hari ni, iaitu hari J Card sedunia. takde la dunia sangat kan, kat JJ Ipoh je. hehhh.. wokey la, nak panjangkan cite yang pendek nih, sume skali terjadi bila mama mengutarakan bukan mengselatankan ye, cadangan supaya aku teman mama pegi shoping. ohhh now i know. patut la petang semalam mama tak bagi bila aku cakap nak pi tgk movie sorang sorang cite lanun pulau karibin. ada ketam dalam pasir pantai rupa rupanya. nampak gaya terpaksa aku lupakan jack sparrow demi mama [dan demi barang2 yang bakal aku mintak mama belikan untuk aku].. hahaha

okey okey okey. lek lu bro. tadi tu mukadimah je. ni baru wa nak masuk real story punya. so hari ni pagi buta lagi mama dah kejutkan aku bangun, suruh siap siap nak pegi JJ. alahhh, kan awal lagi, rilek dulu.. kite chill dulu minum minum kopi makan roti canai dulu. tu yang aku nak cakap kat mama. tp malangnya tak tersampai sbb mama dah sound dulu "hari ni kamu taktau yang jam 8.30am lagi mesti JJ tu udah penuh".. adehhhh.. abeh nak kena bangun awal la ni yer??

aku pun bangun la jugak kan.. siap punya siap, kul 8.30am gerak gi JJ. rumah jauh kat pedalaman, so kena gerak awal sikit. nnt kang mama bising plak ramai orang. kalo ikut aku, senang je. nak beli barang, jalan. kalo taknak beli barang, jalan jugak. mmg dasar kaki shoping! hehh... then sampai je kat sana, JJ belum bukak pun. tapi Ya Allah orang yang menunggu, macam nak gi berperang je. aku rasa sbb JJ buat sale gila gila, so penduduk Ipoh ni pun jadi gila jugak. termasuk la aku pun.. hahaha

bukak je JJ tu, mmg suma orang tolak menolak antara satu sama lain. tak paham aku, demi biskut tin cap jacobs, minyak masak dgn pampers pun orang sanggup bermusuhan. bukannye tak dapat, juz nak kena tunggu skjp je.. alahai manusia.. dah la nak berebut, pastu depan belakang tepi suma dok tolak tolak. aku memula sabar lagi kan. yelah, nak buat camne mmg dah terlalu ramai orang. tapi sabar pun ada had dia jugak kan. kalo dah selalu sangat kena tolak, mmg aku pun nak naik angin la. nasib baik la banyak golongan makcik dan nenek je kat situ, kalo tak memang aku nak sound je "sabar sikit boleh tak? tak bertamadun langsung". amacam ayat ada gempak tak? haha

ahhh. marah banyak pun tak guna kan. baik lagi aku gi shoping. nak kata sakan tu takde la sangat. mama aku yang banyak beli barang. aku just teman je, tak beli apa apa. choppppp~~ tak beli apa apa?? memang nampak sangat tipu. berlagak innocent la kann.. hahaha. aku pun beli jugak barang sikit2.. yang paling penting dapat wallet baru.. heee.. syiok.. kitorang shoping ada la dalam 6 jam, then baru balik. nak tercabut kaki aku. nak jalan tu sbnrnya tak kisah sangat. yang jadi masalah bila ramai sangat orang bole buat aku jadi gila. memang gila. sangat. 

so, sempena dengan J Card Day hari ni, aku nak rumuskan sikit la.
1. kepada rakyat Malaysia, silalah berhemah ketika membeli belah. tak kisah la anda tu orang besar atau orang kecik, orang tua atau orang muda. sila hormat menghormati antara satu sama lain. jangan risau, minyak masak, pampers dan biskut tin jacob takkan lari jika kita ambil sikit masa untuk bersabar dan menghormati pengunjung yang lain.

2. saya ingin menyatakan bahawa saya amat berat hati nak membawa encik boyfie saya untuk berkunjung ke JJ pada J Card Day di masa akan datang. ini kerana saya risau dia akan mengalami sakit kepala yang amat melampau apabila melihat semua pengunjung berebut rebut menarik beg cap swiss polo, cadar akemi, dan tidak lupa juga biskut cap jacobs. kemungkinan besar dia akan mengalami migrain dan boleh jadi amuk dengan keadaan tersebut. sbb saya pun hampir2 nak amuk jugak tadi, tapi disebabkan saya baik hati, saya tak jadi nak amuk.

3. nak buat cadangan supaya bila sampai J Card Day, JJ bukak 24 jam biar takde la orang nak berebut rebut sangat. baru la takde sesi tolak menolak antara pengunjung. nak shoping pun senang hati. takyah tido, pi je shoping sampai lebam. kata shopaholic kannn...

ok tu je untuk hari ni. chow bebeh~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

convocation. 10 Pictures, Images and Photos

ALHAMDULILLAH.


officially, we are a Diploma in Business Studies holder.
looking forward for our BBA (Hons.) Finance in the next few years, insyaAllah.





great day.
great smiles.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

ini yang terjadi bila diserang penyakit bosan. 10 Pictures, Images and Photos

Do you swear to tell the truth the whole truth and nothing but the truth?
:: yes! errr.. i mean maybe :p

Where were you last night?
:: home.

What is today's date?
:: february 2nd, 2011

Who was the last person to call you baby/babe?
:: takde maknenye. hoihh

When you're at the grocery store do you use the self checkout?
:: sometimes. esp when u r having limited cash in ur wallet.

Anyone crushing on you?
:: jangan nak brangan. choii

What is your relationship status?
:: bujang lagi. heheh. but not available. kuota dah penuh. sekian.

Has anyone ever sang to you?
:: yes. sonok giler wa cakap sama lu. woot woot...

Has anyone ever given you roses?
:: yes. a lot of beautiful roses. and it was so wonderful.

If you were abandoned in the wilderness, would you survive?
:: haihh. taktau la.

Who do you text the most?
:: budak conget yang muncit, muncit dan muncit.

How do you make your money?
:: study until the books dont want to see ur face anymore, get a good result and apply for scholarship. haha. bole ka macam ni?

First person to text today?
:: kakakku ashiela. she texted me first.

What is your favorite color?
:: biru

What color are your eyes?
:: dark brown.

What is a compliment you receive often?
:: "intan ni lemah lembut la" "intan ni pandai la" which i dont really like. lemah lembut la sgt. menyampah mak!

How tall are you?
:: 152cm. tinggi kan?

Who was the last person to say they loved you and when?
:: encik boyfie. tgh hari td bila die dikaco oleh aku. ntah die ingat ke tak. heheh

Do you like your parents?
:: I LOVE THEM!

Do you secretly like someone?
:: i secretly like jay chou. kau ade? hahahaha

Who was the last person you said you loved on the phone?
:: encik boyfie yang muncit.

Where is the furthest place you've traveled?
:: tak jauh mana pun. dalam malaysia jugak.

Which do you prefer, to eat or sleep?
:: i prefer sleeping after eating. and eating after sleeping. wehuuu

Do you look more like your mom or your dad?
:: aku rasa ikut ayah kot.

How long does it take you to shower?
:: 5-20 minutes. or longer.

Are you flexible?
:: i think so. macam flexible curve. haha

Can you speak any other language than English?
:: yes. malay

What is the last letter of your middle name?
:: A

How many hours of sleep did you get last night?
:: cant remember. 6hrs maybe.

Do you wear your seatbelt in the car?
:: kalo duduk depan la.

Do you like funny people or serious people?
:: both.

What are you listening to?
:: love songs. mood jiwang.

What jewelry do you wear all the time?
:: my precious ring.

What do you have planned for tonight?
:: kaco encik boyfie. takpun tido jer.

Do you have a favorite item of clothing?
:: yes. ade satu blouse comey that i really like.

Last movie you saw in theaters?
:: faster.

Last thing you ate?
:: nasi.

What was last thing you drank?
:: air putih.

Are you happy right now?
:: yes. but a little bit bored.

If you could have one thing right now what would it be?
:: i want my encik boyfie. bole ka?

What were you doing at midnight last night?
:: i was sleeping, woke up bcoz i miss my encik conget, called him, tried to sleep back but i couldnt, update encik bloggy, makan 4 keping roti sebelum tido balik dan terlepas waktu menonton bola.

Are you left handed?
:: no. im right handed.

What was for dinner tonight?
:: taktau lagi.

When is your birthday?
:: somewhere in the middle of october.

Do you want to get married & have children one day?
:: nak nak nak! gatai. hahahaha
kalo suka, bole 'LIKE' :)

tak hensem pun anda. patut aku tak minat. 10 Pictures, Images and Photos

kali ni aku nak bubuh entry pasal bola sepak. ye, tepat sekali. BOLA. dalam bahasa inggeris sebut football. dalam bahasa arab sebut kuratul qadam. 

hari nih dok full la news feed kat fesbuk aku pasal fernando torres pindah dari liverpool ke chelsea. chehh, pindah jugak ka mamat nih. hari tu beria bebeno la liverpool reject offer dr chelsea tu kan. tup tup jadi jugak. watdehel?? pastu aku pun pulun la pi bukak website premierleague.com sbb nak baca pasal die kan. sejak bila jd website feveret untuk dilawati, haaa tu yang kita taktau tuh. nahh, bukak ja website tu, kat link yg ade berita die, cool je die pegang jersey kaler biru cap chelsea tu kan. bajet hensem la konon.

then aku pun dengan semangat baca berita tu. ohooo. ekceli kan, hari tu chelsea offer liverpool £30m kalo aku tak salah kukulet la. tp kena reject. tp last last die pindah gak bile dapat offer £50m. mak oiiiii. kalo aku dapat duit banyak tu, 7 keturunan pun tak abis tau. huhu. agaknye sbb tu kot die mau sangat pindah dr liverpool. memang dasar mata duitan. huh. ehh jap jap. then aku baca lagi. rupa rupanye mmg torres dah bagi permintaan secara bertulis (ala ala surat cinta) cakap yg die mau pi chelsea. haihh

disebabkan torres yang tak hensem tu, hari ni ramai org yg kuciwa. yang marah. tak ketinggalan dengan incik mumu yang turut sama sekali bengang dengan perpindahan tersebut. ya loh, die mmg suka giler ngan torres tu. siap dulu cakap nama ahmad torres. pastu bile aku cakap torres tak hensem, die bagi pandangan maut kat aku macam singa lapo sebulan tak dapat makan. tu blom aku cakap torres men tak best. mau kang die flying kick aku dari kampung morten elok je sampai rumah sewa aku. pehh, korang leh bayang tak betapa die minat ngan torres tu? last last die pindah gi chelsea plak, club yg mmg la sangat sangat incik mumu ni tak suka. mmg konfem la bengang kan.

aku plak sbg budak yang baru blajar nak minat bola sbnrnye kuciwa skit la bile torres pindah. bukan sbb aku minat die eh. no way man. die tak sehensem messi okey. aku kuciwa sbb aku tgk liverpool skrg dah smakin baik rentak diorg. dulu awal season asyik kalah je. duduk pun kat tangga bawah bawah je dalam ranking epl tu. tp skrg diorg dah maju oo.. sbb dah main dengan baik, sampai bole naik ranking no. 7. kagum aku dengan smangat diorg. lagi lagi mmg torres ni bole kata star jugak la kat team tu. bukan jugak, tapi mmg star pun. so aku rasa bile die dah pindah pi chelsea, agak frustrating la kan. aku cakap macam pro je kan? hahahaha.. boooo sama aku. poyo bajet terer pasal sukan! 

lepas nih abg taknak minat torres lagi. dalam hati aku cakap bagus sbb die tak hensem! haha. aku ajak die minat messi. die cakap tu lagi die tak suka. wuwu why why. die hensem tau. tapi of course tak sehensem abg okey. hee. tapi takpe. walopun torres dah tak men lg utk liverpool, aku nak ajak abg minat jugak liverpool. bukan sbb yusry fan setia club tu, tapi sbb nak kasi sapot la, supaya diorg bole buktikan yg diorg pun bole hidup walopun torres dah blah. bagi torres nangis skit, baru die tau yg liverpool tu best lagi dr chelsea. kau watchout haa torres! kau ingat kau hensem? aku mesti tentang kau habis habisan. kite lawan tgk sape lg hebat. jom lawan men guli!!

ingat rambut tu style sangat la?
kalo suka, bole 'LIKE' :)


jalan jalan. 10 Pictures, Images and Photos

aktiviti hari ni, pegi cameron highlands. tujuan? hantar my bro in law yg dpt keja kat equatorial hotel kat sana. pagi pagi lagi dah siap sbb excited nak pi sana. dengan konfiden dan sedikit riak, aku pi sana tanpa bawak sweater atau slimut atau pashi pashi pashmina. jawapan kpd konfiden level yg tinggi tak tentu pasal? padan muka aku, sbb kat cameron hari ni sejuk sangat. sumpah aku tak tipu. mmg sejuk die smpi ke tulang sum sum. aiceh. tp sejuk pun tetap hobi amik gamba takleh dibuang ye. sila layanzz.....

kea farm


welcome to equatorial hotel


exercise nak hilangkan sejuk!


jumpa ni kat booth jual bunga. haih

ladang teh


kalo pi cameron pun dah tak tahan sejuk, camno wa nak pi london nih.. sejuk giler yawww!
kalo suka, bole 'LIKE' :)

sesi menghabiskan tisu. 10 Pictures, Images and Photos

aku taknak cakap banyak. but i just want to share this one video with all of you. sumpah aku nangis kaw kaw punya lpas tgk ni. kalo korang tgk, aku rasa korang pun mesti nangis tersedu sedan sampai tak cukup tisu kotak yang mak korang beli kat tesco malam tadi. kalo tak nangis pun, terharu pun cukup la. kalo dua dua pun korang takde, aku rasa baik korang pi wat medical checkup okey... layanzz

chris medina
kalo suka, bole 'LIKE' :)

RM15 melayang hanya kerana wajahmu. tetapi tidak mengapa kerana aku suka. 10 Pictures, Images and Photos

ini adalah cerita kontot yang akan aku panjangkan jalan cite die.. sbb? sbb suka hati aku lah. ini incik bloggy aku.. hahaha.. okey okey.. kejadian berlaku di waktu pagi di melaka sentral. nak jadi cite, pagi td lpas tgk bas yg abg naik dah gerak menuju ke klang sentral.. aku pun mengorak langkah aku yg tak bape nak besar ni (aku ketot, so what?? anda jeles kerr????) gi jalan jalan kat dalam melaka sentral konon nak mencari ketenangan sambil menghilangkan jeles bile tgk abg dgn gembira melompat lompat naik bas transnasional dua tingkat nak balik rumah. huhu. So aku pun jalan la tanpa arah kat dalam tu.. skali terjumpa kedai majalah daa.. bagus jugak tu, lama dah aku tak beli ujang.. layan gak.. so aku pun tenung tenung jeling jeling sambil dahi berkerut kerut, cari majalah ujang.. malangnye takde la.. haihh.. baru nak sedey.. TIBA TIBA aku ternampak satu wajah yang amat aku kenali skali jadi cover reader’s digest.. homaigod homaigod homaigod.. teruja mak!! Apa lagi, aku tak pikir panjang.. eh silap.. aku tak pikir ape ape lagi dan terus aku sambar majalah tu dan masuk dalam kedai tu.. shoping skit, beli roti dgn air mineral cap pokok kaktus.. pastu dgn konfiden yang amat berbekalkan duit rm30 dalam wallet, aku pun menuju ke kaunter utk bayo.. ala bape la sgt majalah + roti + air.. tak sampai saploh hengget pun.. tu monolog aku dalam hati.. then akak tu pun kira punya kira.. tet tet tet tet (bunyi cash machine) “sume skali rm16.80 dik”.. hulamakk, apsal mahai bebeno.. tp nak wat camne, bayo je la kan.. then aku tgk la balik majalah tu.. rupa rupanye harga die rm15.. wajah yang diidamkan ramai tu harga die rm15?? oh man.. nasib baik la aku minat ko bro.. kalo tak jangan harap aku nak beli majalah yg murah sgt harga die tu.. silap silap jeling pun aku tak mau tau.. hahaha.. so aku pun membawa hati yg lara sbb duit dah tinggal separuh tapi kemudian jadi berbunga bunga bila memikirkan wajah di cover majalah tu.. heheh. cair wa cakap sama lu beb.. meh sini aku tunjuk korg majalah yg aku beli tu.. konfem korg tak leh tido malam sbb cair macam aku jugak.. hahaha

abg jay chou.. i likeee.. fewiitttt!!!!

pehh... hensem sangat mamat ni yaww.. tergoda mak.. heheh.. ni yang membuatkan hati aku nak giler pegi tgk the green hornet yg jay chou ni blakon.. abg, jom tgk jay chou.. pleaseeeeeeee............. *wink-wink* podahh buat muka manja konon.. ingat incik mujahid tu nak cair tgk muka lu yang gedik sambil tergoyang goyang mak inang pujuk die ajak pegi tgk cite nih?? lu mimpi lah! hoihhh... takpa takpa.. akan aku usaha jugak supaya abg sudi nak tgk cite ni bersama sama daku... huhu... abg, jom eh.. tgk jay chou... besh cite ni. sbb.. sbb... sbb jay chou yg blakon.. ngee~~
kalo suka, bole 'LIKE' :)