aku melanjutkan pengajian. 10 Pictures, Images and Photos

ahhaa, bile blk rumah je. dah ade tawaran melanjutkan plajaran utk aku. nak kata bangga sgt tu tak la. tp bole la utk aku kembangkan lg minda aku dgn knowledge baru. korg nk tau kursus ape yg aku dpt? aku dpt kursus sarjana muda (kepujian) pemprosesan tebu. mcm tak pernah dgr kan? mmg pun, sbb kos tu aku sendri yg wujudkan. hahaha. sbb bile blk rumah je aku kna tlg kupas tebu yg menimbun kat dpn rumah tu. sbb skrg baba dah ade hobi baru iaitu jual ayor tebu. huhuhu. dan disbbkan aku skrg bru je abis exam, so ape lg. kerahan tenaga pun berlaku dgn rakusnya. kerja kerja!!

tebu yang bakal dikerjakan.


tebu yg dikupas akan disemadi di mesin nih.

lima minit pertama kupas tebu, aku smangat lg. laju nih kupas. konon mcm dah pro sgt la. tp seiring dgn masa, tgn aku yg menghayun pisau tu makin lama makin pelan. hahaha. penat rupanye kupas tebu nihh. lpas sejam, tgn dah mula rsa mcm kebas. da melecet skit. tp aku wat taktau je bile tgk tebu yg seolah-olah menari nari memanggil nama aku utk dikupas. ok kerja still jalan. lpas dua jam, aku dah tak tahan. tgn makin sakit. aku stop. bajet nk rehat skjp. ade la dlm 4 jam aku rehat. siap leh berfesbuk sambil dgr lagu faizal tahir. hahahahaha.

ini baru separuh je okey. 


lpas mama blk kerja, blum sempat die masuk rumah lg aku dah dgr. kerja kerja!! adehh. dgn paksa rela, aku pun gi smbg pengajian aku dalam memantapkan lg teknik pengupasan tebu. kupas punya kupas punya kupas. at last tinggal skit je lg. cannot go anymore. aku ckp esok je aku smbg kupas. mama kata ok. yahooo~ lega rasa. mcm dpt cuti midsem selama sminggu. tp ade satu lg perubahan trhadap tgn aku. da jadi mcm org sakit parkinson. die taknak bhenti shaking shaking like shakira. mungkin sbb terlalu asyik menari time aku kupas tebu smpi mengalami inersia, iaitu keadaan di mana tgn aku tak dapat bhenti bergerak. minum air pun kna pgang cawan btul2. hehh


gamba gelap sbb dah malam. 


dah malam. tgn makin sakit. rsa sengal sgt. perut plak rasa lapar. walopun pd waktu siang dah makan kopok lekor, nasi serta kudap kudapan berupa kacang gajus. aku ckp kat mama nak mkn cheese nan. lalu baba pun bwk aku ke kedai mamak ehsan yg terletak kat sekolah aku tu utk mkn. tp hancur harapan aku bile tgk kaunter roti nan sunyi sepi tanpa haba dr periuk tanah liat yg digunakan utk membakar roti nan. wuwuwuwuwuuuuuu~ tp takpe. tu tak menghalang aku utk mkn roti telur. cukup, jgn terliur berlebih lebihan.

gamba hiasan je. jgn tertipu dgn kelazatannya.


smbl mkn tgk plak epl bolton vs tottenham. live ka, ulangan ka, aku pun taktau. fuyohhh. byk gol cek habaq mai. bile gol je tibe2 pitch suara aku meninggi sbb nk jerit gol. baba yg duduk kat sblh tgk aku. maybe die tertanya tanya sejak bile ank die ni suke tgk bola. korg pun mesti tertanya tanya jugak kan. takpe, biar aku jwb soalan tu walopun aku takde acc formspring. sbb aku suka tgk bola ialah krn encik boyfie pun suka tgk bola. tp kesukaan aku tak dapat lg nk mengatasi kesukaan beliau. aku minat biasa2 je, tu pun sbb slalu temankn beliau tgk bola. cambest je kan. jd sbb tu la aku bljr2 tgk bola. tak dosa pun kalo share minat boyfie sendri. kalo org len nk kata aku gedik ka, ngada2 ka, minah turut ka sbb takde ribut nk minat bola. suke hati. ikut cara masing2 camne. ok abis merepek. then time aku sodap kunyah roti telur mama panggil itu mamak, nk bungkus roti canai. senyap2 aku bisik kat tlinga mama "fifie nak satu roti canai jugak. heh". pastu wat mcm takde ape2 n trus je mkn. baba mkn sup ekor. nmpk mcm sedap. bile baba dah abis mkn, aku pun dah abis mkn. tarik pelan2 mangkuk sup tu. NAK RASAAAAA..........


ni pun aku cedok dr google ja. 


ok,bile dah abis rsa, sup dlm mangkuk tu pun dah abis dilahap oleh aku. hahahahahaha. mungkin sbb takut aku nk order lg, baba n mama pun cpt2 bgn gi bayar kat kaunter. singgah billion, sbb nk beli brg. aku duduk dlm keta je. okey okey aku tipu. aku ikut mama gi masuk billion tu.  then hilangkn diri kat tmpt mknn. hahaha. gila aihh mkn tak henti. nk cari kudap kudapan. ade la dlm 2,3 kali pusing kat tmpt yg sama. at last beli la jgk kacang botak ngan jambu kering. bole la wat stok time men internet ke, tgk tv ke. syiokkk... mmg patut dikatakan tembam oleh incik boyfie. mama pun kata dah semakin tembam bile blk rumah. oh no. tp jwpn aku ttp yes kpd mknn.


kudap kudapan di malam hari.


bile blk. rehatkan diri jap. tgn makin menggila sakit. aduhhhhhh, sakit giler muscle aku nih. eh ke sakit urat? aku pun taktau la. yg aku tau mmg sakit sgt. aku sapu minyak burung unta, tak panas pun. so aku tukar kpd bam pala plak. alih2 tgk khas utk selsema dgn gatal2 ja. lari beno ngan kesakitan aku ni. then amik krim salonpas. haaaa, lega skit sbb ubat tu panas. tp still tak dapat hilangkan sakit ni. rsa mcm nk nangis nangis kat encik boyfie. mcm nk jerit kuat kuat bile tiba2 ade bunyi tett tett tett tettt *bunyi mesej la* msg dr incik mumu chan. awwww tak jadi nak jerit yo! sonok sgt. melayan si syg manje, buatkan tgn yg sakit mcm rsa kne gigit semut je. so tak jadi nk mengadu sakit. hehehe. tp skrg bile die dah tido, tgn aku sakit blk. bkn makin kurang, makin sakit ade la. takleh nak bend tgn langsung sbb nnt urat tu jd tegang n membuatkan air mata aku skit lg nk mngalir. adeh laaa... tp takpe, demi bloggy aku lupakan kjap sakit ni. nk tnggu encik boyfie update, taktau bile. so sedey. 


bandage tgn aku. ye, aku tau mmg comel sbb benda ni sbnrnye pembalut seat belt. *pembalut??*


hm, tp rasa mcm dah tak mampu nk tulis ape2 lg. sbb tgn makin sakit, and cite pun da abis. so aku nk gi smbg mkn roti canai, dan lpas tu melayan kesakitan tgnku ini. dan lpas tu merindu encik boyfie dan bertemu kembali dengan beliau di alam mimpi... till then~

step it up and dance. and sing along with the song babe! 10 Pictures, Images and Photos

haiyohh. satu hari ni penat melayan kerenah PENARI  ala2 step up tak jadi dlm rumah ni. sape lg kalo bkn ank sedara aku si syerap-put tuh. kejadian ngeri ni berlaku sejak die menari time malam aneka ragam kat sekolah die last week. bile blk rumah dgn dvd yg cikgu die bg, mmg smpi ke mlm la melayan die dancing dancing terpusing. yg jd mangsa? laptop aku jgk sbb nk bkk dvd tuh. adehh.. nasib bek awk tu bdk kecik, kalo tak jgn harap cikfi nk mngalah okey. gila kerek. hahahaha. okey2 td aku try jgk nk extract part syerap menari kat movie maker tp disbbkan aku ni rabun it, mmg tak jadi la kan. hahahahahahahaha. ni je hasil yg aku dpt hasil drpd kegilaan syerap, and sememangnye hanya dirakam di rumah. amaran: jaga2 jgn terikut menari. jom tgk!


mat syerap over. sehari kna tgk tarian ni at least 100 kali. lol!
*btw aku taktau nape video ni takleh play kat chrome, guna mozilla ok plak. latop aku yg bengong kot*


haihh.. mcm2 bdk skrg kan. menari segala. aneka ragam la, sangam la. time aku kecik2 dulu kala mana ade  dancing2 mcm diorg skrg. aku dulu baik giler oo, nyanyi lagu nasyid je. diulang, nasyid bebeh. BUTA MATA TAK NAMPAK JALAN DI DUNIA KERANA TIDAK NAMPAK CAHAYA TIDAK TAHU KE MANA HENDAK DITUJU KE HILIR ATAU KE HULU. tu la lagu yg aku nyanyi dgn penuh innocent skali. hehh. takpe2, nnt syerap da besor skit aku suro die masuk nasyid, nyanyi lagu yg sama dgn yg aku nyanyi dulu. aku tak kire, nak lagu tu jugak. emosi. haha.

orait, now mari kita nyanyi ramai2..! aku tgk muzik2 separuh akhir td. well, skrg takyah nk study moody lg kan, so bole layan tv smpi termuntah! hahaha. pastu yg membuatkan aku nk tgk show tu sbb ade akim. AKIM AKIM AKIM!!! hensem giler wa cakap sama lu. haih. cair mcm aiskrim cornetto tuh. lg2 bile die nyanyi lagu feveret aku inilah cinta. die ckp "SAYA SUKA AWAK". aku rasa mcm die tujukan kat aku je. siap bole balas blk saya suka awak! mama ade kat sblh? ahh tidak aku hiraukan. agaknye mama  tak mampu nk melayan angan2 aku yg tak seberapa tuh. huahuahuahua. oh no no. ckup la encik boyfie ada di hatiku. jay chou tu layan dlm movie secret je. akim plak dlm video klip je. erkkk.. heheh. ok cukup dgn mimpi-takkan-dapat-jadi-kenyataan aku nih. lpas lagu akim, ade lagu feveret incik mumu chan plak. lagu ape? lagu sape? ahaa.. lagu kebahagiaan dalam perpisahan. ala, yg shahir nyanyi tu. dgr lagu tu membuatkan aku pun nk nyanyi lagu tu sama. meh2 aku nyanyi. meh dengar meh.


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur



Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan.................


OH NO! SILAP SILAP. BUKAN MACAM TU. TUKAR!









Temu kebahagiaOn.................
dalam perpisahan


hahahaha. amacam, merdu kan? aku tau air mata korg da meleleh dgr aku nyanyi nih. tp ape leh buat, aku leh nyanyi skit je. nak lebey2, suro je shahir nyanyi utk korg eh kalo die berjaya masuk final muzik2 nnt. lagu akim da hangus daaaaa... sedey aku, tp takpe. bole cuba lg di masa depan. ceh konfiden jer. ok, mesej aku. sokong la industri muzik tempatan. walopun tak best mcm mat dan minah saleh di luar sana, tp sokongan kite la yg akan pastikan industri ni tak mati mcm tu je. dolll, mcm ahli falsafah! hahahaha. okey2, till then~

horeyyy! 10 Pictures, Images and Photos

okey, mula2 aku nak jerit dulu.. YAHOOOOOOOOO... HOYEEEYYYYYYYY!!!! hahahaha. dasat sungguh. ye la, sape yg tak suke kalo exam da abis. lg2 bile sume subjek yg diamik sem ni adlh reading subjects. hoihhhhh penat nk membaca tau tak?? haha. okey2, smlm ialah last paper aku utk sem ni, and merangkap last paper sblm aku grad. insyaAllah. and now im looking forward for a higher level. poyo giler ckp homputih kan. ahh tak kesah la, meh nk attach gamba exam paper aku.....


yellow in color. bole tahan. nk kata susah tu tak. nk kata senang pun tak.


orait. lpas je abis exam, aku n kwn2 gi mkn. mcm biasa, gi mkn nasi ngan ikan keli. fuyohhh sedap sgt. tu la last time dpt mkn ikan keli kat kedai ulam pegaga. lpas ni taktau la bila nk jenguk2 lg. haihh. sudah la nk berdrama tu. lpas blk mkn, aku pun operasi kemas brg, sbb nk chowsinchi dah. tak sabo2 kan? tp bkn aku, mak aku. rindu sgt la tu. eheh. kemas2 rsa mcm takde la byk sgt brg aku tu. keh3.

bile femili aku dah smpi, pe lg kan. keja angkut brg la plak. ape ingat brg2 tu sume leh terbang nek atas lori tu mcm tu jer? kemas punya kemas. angkut punya angkut. baru skrg aku sedar. byk jgk brg aku, smpi penuh lori baba. huahuahua. nasi bek ade hero yg tlg angkatkan brg i. jgn ingat kat malaysia takde superman. wahhhh. time kasih kpd encik boyfie sbb sudi tlg saye. jasamu ku kenang selalu. i love you. huhu. nasib bek jgk tak meleleh time nk berpisah dgn die. dgn kwn2 pun same. aku dah touching skit, tp tahan beb. kaw2 tahan, aku gelak je. kalo nangis malu la dgn femili i. oh, sungguh ego ye. takpe2, insyaAllah kalo ade rezeki jumpe blk la kitorg nnt...

ok, dah blk. mcm biasa kna angkut brg msuk rumah. lpas tu calling2 my incik mumu chan. lpas tu trbongkang mcm org yg setahun tak tido. hahaha. tp tido skjp je, ade la dlm 2 jam. then bgn2 trus turun bwh cari mknn. mmg buruk lantak. dah mkn, online la, pe lg. internet da laju gilerrr nih. tak guna rugi gilerrrr........ smbl2 tu tgk tv. lpas tu sms incik mumu chan krn saye sgt rindukan beliau. wuwu. siap leh mimpi2 bile tido. haishhh.. baru bape jam tak jumpe tu. kalo bape thn la, aku taktau nk ckp pe. aku leh bermimpi di dlm jaga. berjaga di dlm mimpi. hah korg pikir la sendri camne gayanye tu. heheh. ok la, aku pun tatau nk merepek pe lg. aku nk kaco my boyfie sblm aku berangkat ke alam mimpi. woohooo.. till then~








halamak. rindu incik mumu chan plak! rsa mcm nak nyanyi....












bercakap dengan bulan
cuba untuk pergi dapatkan kamu
dengan harapan awak ada di sana
dan turut bercakap dengan saya
atau adakah saya bodoh
yang duduk seorang diri
dan bercakap dengan bulan...



okey cukup. pergi tido.

die datang lagi! siri 3 10 Pictures, Images and Photos

haha. hari ni my 3rd paper for my last semester, and the 2nd before aku bole blk ke rumah dgn aman harmoni. hehh. harmoni la sgt. lpas sbulan, mau ketaq lutut aku ni. yela, time tu nk dpt result plak kan. hm, nk komen psl paper hari ni. aku rsa agak tough la. ssh nk dpt A nih. tp xpe, aku brserah je dgn ape yg aku nk dpt nnt. yg penting dah usaha kan.. okey okey meh aku bg korg tgk final exam paper aku, muka depan je la ye. nk yg isi dalam tu, u can call me. hahaha. today's paper was MKT 361 - PRINCIPLES AND PRACTICES OF SELLING. jd salesperson wehh!


my exam paper. shot senget skit sbb tuan die pun senget!




orait. lpas dah slmt jwb paper, planning nk gi jln2 tgk movie dgn encik boyfie syg. tp apakan daya, die tertido la plak! adehh.. nasib bek aku blum abis besiap lg, kalo tak melangut gak la aku. haha. tp tak kesah pun, sbb aku tau die tak cukup rehat. smlm tido 5 minit je. 5 minit?? kalo aku, nk lelap pun tak sempat. hehe. ptg td baru la kitorg dpt gi jln2 skjp. kali ni gi ke tanjung yg berdawai. hahaha. dah lama tak gi sana, hari ni gi. maybe jgk our last time gi sana. tibe2 wat ayat sedih kan. wuwu.




hm, dah smpi kat tepi laut yg tak brapa nak laut tu *sbb air + pantai die tak cun sgt* kitorg pun melepak la kjap kan. dah melepak tu, ape lg yg bole dibuat. amik gamba la kan, posing sana sini mcm ade job modelling. keh3. aku suke amik gamba, tp gamba hari ni aku tak suka sbb aku nmpk tembam! ciskek btol la. mcm mane bole tembam nih. nk kata membela perut, tiap2 hari dok jalan gi library. adehh la. kalo camni la gayanye, cuti ni jd belon la aku. huh. incik mumu chan kite plak, maintain sentiasa. geram btol aku. bile die nak tembam mcm aku jgk? pastu bile amik gamba, mimik muka sama je. tak kira la senyum ke, sengih ke. sama. SAMA OKEY~ haihh... tp takpe, aku suka. sbb aku berjaya paksa die amik gamba. kalo tak, jgn mimpi walopun tido smpi 10 jam skali pun. hehh.

hoh. tembam!


jap2, blom ready lg la.....


haa, baru ade gaya model.. kui3


alolololoooo.... gaya majuk


eheh. tetibe plak aku tinggi kan.


muka huduh. buat gaya huduh. jd sgt huduh.


tgk2, muka abg sama je. kan?


amik gambo pun nk muncung. haihh..


hee~


haaa, ni la masa yg dinanti nantikan oleh kami berdua. serang kedai makan!!! hahahaha. kitorg mkn kat kedai ape tah nama die aku taktau, tp die nye style mcm ala2 ade pondok byk2. kitorg duk kat pondok yg plng kecik skali. ate dah berdua je nk duduk kat pondok plng besor, mmg nk kena cop gila kuasa la kan.


sah! mmg sgt tembam. camera trick kot?


hai. nama saya roy.


menung ape tuu... tunggu intan eh..


ni haa, intan da sampai.. hehe




makan time! aku mkn nasi goreng tomyam yg pedas, manakala abg plak mkn nasi goreng belacan yg pedas. pastu kitorg mkn kerang bakar dgn air asam yg pedas. ye aku tau mmg sume pedas, tp aku nk mention gak word pedas tu. sbb pedas tu la yg membuatkan mknn tu sedap, and berjaya membakar lidahku. wahhh kalo nk hiperbola, takyah bljr sastera pun dah pandai nak apply. tp sori la kan sbb takde gamba yg aku nk attach. sbb ape tau? sbb kitorg tgh bz mkn, takde masa nk amik2 gamba nih. hahaha.


okey, lpas mkn trus balik rumah. tp singgah kedai dulu beli kudap kudapan. tu je la d-day kitorg utk hari nih. best kan? aku tau dah. walopun buat benda yg simple, but it's memorable rite. looking for the next one, maybe in other locations. huhu. okey aku nak memblahkan diri aku dulu. chowcincau. till then~

die datang lagi! siri 2 10 Pictures, Images and Photos

dua paper da lepas.. wehuuuu... tp ade lagi dua paper la... takpe2, go go chayok!! ganbatte ne!






kaler putih je okey.. hehh

die datang lagi! 10 Pictures, Images and Photos

huahhhh.... hari ni bermula la final exam. pg td paper research methodology. ye, aku tau mmg jargon sgt nama die tp nk buat camne sbb kalo aku translate pun die jd lg jargon *metodologi penyelidikan* hahahaha. jgn heran dgn nama, sbb org yg cipta subjek ni saje nk gempak je bg org yg amik subjek ni neves terlebey, termasuk la aku. huhu. jd setelah berpenat lelah *ye, tipu. takde lelah pun* study dlm brape hari ni, akhirnye kesimpulan yg aku bole ckp... Alhamdulillah.......... bole la jwb soalan dgn agak konfiden. tp btul ke tak, bole dpt markah byk ke tak. haa, yg tu kite taktau tu. hehh. takpe la, dah usaha ni tawakal je la. bile dpt result nnt redha plak. huu. ok2 kering otak aku nk tulih. cukup la pg td aku menggoreng ayat2 superb utk exam. hahaha




exam paper aku. bangga oo ade signature tuh..

A-Day 10 Pictures, Images and Photos

our A-Day : gi jalan2 and tgk movie jer :) 


tudung gaya dato siti. dah mcm atok org je rupa aku nih.



encik boyfie sedang berkawat.



haa, happy happy sentiasa yer.



mak oi tembam btul makcik nih.



dah start gaya spongebob die.



tembam!

baru dua jer 10 Pictures, Images and Photos

HAPPY 2nd ANNIVERSARY!! rasa mcm baru dua hari lpas je incik mumu chan belikan aku pisang goreng. rasa mcm baru je die ajak aku bercinta. wah wah poyo giler kan. pastu rasa mcm baru smalam je aku tergedik terkinja, malu kononnye nk panggil die abang. citt, podahhh! nah amik ko, skrg tak sebut word 'abang' sekali sehari pun rasa mcm nk kena serangan gastrik! kih3..


ok la, dah dua tahun same2 mengorak langkah ni kan. mesti byk hot story yg nk share. ade rutin harian baru yg boleh mencergaskan otak iaitu mengejut incik mumu chan aka abg dr tido. actually sblm couple lg aku dah kejutkan die bgn tido. tak malu kan, buat mcm bf sendiri plak. nasib bek skrg mmg dah jd my encik boyfie.. huhu. tak kire la die nk bgn ke tak, aku akan tetap kejut die sbb kalo sehari aku tak kejut die bgn tido, rasa mcm tak dpt vitamin C yg secukupnya. kalo bkn sbb nk die bgn pun, aku call jgk utk kaco die. merepek la aku sorg2 walopun aku yakin die tak dengar sebijik pun ape yg aku ckp. hahaha. rekod call aku bile nk kejutkan abg. hm, ade la dlm plus minus 100 kali kot. amacam, dasyat tak kami? hehehe *suka tido + suka kejut = gila*


dlm dua tahun together gether ni, aku leh wat conclusion *wording mesti power ok* yg incik mumu chan sorg yg sgt slamber. kalo korg ke, aku ke tgk org len bercinta dok tersipu malu mcm siput sedut tak cukup bulan, tp bukan incik mumu chan. die buat je ape yg die nak, ikut suka hati die. pastu kang tetibe ckp kat aku "intan mesti menyesal dpt bf tak senonoh mcm abg". adehh tibe2 ayat melankolik la plak kan. alaa, standard la tuh. kalo malu2 mcm org lain, cover sana sini mcm cover assignment, tak best la. nnt dah kawin nmpk prangai sebenar yg tak brapa nak best, tu baru la bole dikatakan menyesal! hahaha. ckp org mmg pandai kan, padahal aku pun sama jgk. kdang2 bile dgn abg, malu tak tentu hala. tp tu dulu time zaman baharik, skrg ni kalo malu pun skit2 je. so incik mumu chan, don't worry okey. u ttp di hati i, regardless of your slamberness. hidup slamberland!! *slamber + pemalu = kami gila*


lagi lagi yg aku nak cite. meh meh sini meh dgr cite aku. incik mumu chan ni sorg yg agak cepat nk marah la. org kata darah muda, panas. dan sememangnya patut berdarah panas kalo anda tergolong dlm spesis homo sapiens. kalo darah sejuk, bole la geng dgn cik ular ke, cik buaya ke. hahaha. okey2, sbb ape aku ckp mcm tu, sbb die slalu je mrh aku. walopun mrh men2 tp bisa menggetarkan jiwa dan memuncungkan aku. pandai btul blakon! yg aku ni plak, suke sgt nk mnangis. salah skit nangis, mslh poblem skit nangis, sakit skit nangis. kna mrh? sila jgn tnya soalan yg mudah. konfem2 nangis wehh. huhu. tp takpe, aku tak kisah, sbb kalo die tak mrh aku, sape lg yg nk mrh aku kan. dan kalo bkn aku yg mnangis, sape lg yg nk mnangis kat die kan. lagipun aku ni tak pandai nak mrh org, dan die pun tak reti nk nangis selalu, thats y Allah bg die kat aku, bg aku kat die supaya ada balance skit. Alhamdulillah, syukur syukur. *suka mrh + suka nangis = mmg kami gila*


ade lagi yg aku nk bgtau ni. incik mumu chan, my boyfie syg ni. die dulu tak suke sgt jln2. aku plak mmg kaki jln. kalo jumpe benda yg menarik kat shopping mall, gi kul 10pg blk ku 10mlm pun takpe. haha. mula2 aku taktau pun die tak suke jln lama2, sbb adanye stereotype 'bile dah ade bf, kena la jln2 kat shopping mall smpi kaki nak tercabut tp malu nk ckp nk blk'. keh3. pastu aku pelik sbb asal kuar dating je mesti die bad mood. aku ingat die tak suke nak dating dgn aku. sedih btol. wuwu. then lama2 baru aku discover the truth. kire lpas aku buat extensive observation terhadap perubahan2 mood abg. ingat cuaca je bole berubah ke? ok proceed. rupa2nye bkn abg tak suke kuar dating dgn aku, tp sbnrnye die cpt penat bile berjln! hahaha. sian giler kat my boyfie syg. so lpas tu bile kuar aku pandai2 la bajet bile agaknye kaki die nk lenguh. korg ade buat kat bf korg ke? hahaha *suka jln + cpt penat = kami mmg gila*


incik mumu chan suka mkn puding jagung. jd aku slalu buatkan die puding jagung. sejak bile suke masak memasak nih?? haihh, kata dah ade bf kan, kena la tunjuk skill. jgn bocor rahsia yg slama bape puluh tahun hidup ni tak pernah rasa nk masak pun. hehh. sbnrnye bagus gak la die suro aku masak, bole gak aku tau yg aku ni ade bakat nk ke dapur ke tak. kang tak pasal2 kna reject ngan bakal mak mertua sbb nk masak nasi pun dpt gred 8E *taknak ltk fail sbb tu dah teruk sgt* bile aku dgn abg, byk gak resepi yg aku bljr masak. slain puding jagung kesukaan die, aku pun bljr buat kek, masak lauk lemak cili api, masak bubur nasi, buat kek batik. huishhh banyak jugak yg aku tau masak ye. ok la tu, satu kemajuan utk diri aku sendiri. sila tepuk tangan. hahaha. hope lpas ni bole la masak lg utk die. tp kalo die mntk ayam golek ke, kambing golek ke. aku pengsan dulu sblm gi cari kat kedai je. hehehe *suka masak + suka makan = sememangnya kami gila*


haihhh.. nak cite byk tak larat. baru dua tahun. lpas 20 tahun nnt aku taktau la nk ckp bape buku latihan 80 muka surat bole abis sbb nk cite pasal kami je. tp takpe, aku suke. hehe. mari mari kita kumpul lg cite yg best. kalo tak cite sesame sendiri, leh cite kat anak2 ke, cucu2 ke, cicit2 ke. hehh. insyaAllah :)



gamba dua tahun lpas.. tolong la ckp kami comel!


kami suka pergi perpustakaan 10 Pictures, Images and Photos

okey2, agak excited nk update blog kali ni. tak menyempat, balik je trus  bukak laptop. padahal bkn ade cite yg BESTTT sgt nk share pun. hahaha. tak kesah la, mood nk mnulis da smpi kan. so jom kite layannnn... so hari ni mcm biasa la aku dan incik mumu chan gi ke library. sbb kami suka pergi ke sana. di library mcm2 yg kami bole buat. study, men game, men fesbuk, sembang, gosip, psg tlinga dgr org len gosip, jumpa kwn2, gosip dgn kwn2, dan macam2 lagi. 




tp hari ni lmbt skit la, sbb die tertido lpas aku kejut die! haha. penat aku tunggu, siap wat konsert skjp. n nasib bek gak la aku call die, kalo tak mmg smpi ptg le aku menunggu. wuwu. then gi library, study la kami. STUDY OKEY, STUDY. walopun otak ni mcm da tepu je nk masukkan input2 dr dlm buku tu, tp kami tetap berusaha dgn gigih dan cekal. huaalaweeii ayat mau hebat je kan. pastu bile agak2 boring tu, men laptop. bkk fesbuk, bkk game, amik gambo. eheh.




senyum la senyum la ahahaiii cek mek molek~~


lpas da bosan study plus hari pun da smakin ptg, tanpa dihalau kami pun blk la. tp sblm tu buat keja x snonoh dulu. haha. pi amik buah belimbing kat tepi library tu *takde la tak snonoh pun, gempak je* fuyooo byk giler buah.....



lazat kan?



tp syg la sbb buah yg masak byk yg da jatuh menyembah bumi. aicehh. yg ade pun tinggi2 sumenye. tinggi?? ape benda tu? takde istilah tinggi bg aku bile nk memetik buah belimbing. bg aku tu sume small matter je. bile tgk je buah belimbing tu, aku dgn slamber je.. slamber ape?



ni la yg slamber~



haaa, aku dgn slamber tgk incik mumu chan panjat pokok tu amik buah belimbing yg da masak. keh2. ingat aku nak panjat pokok tu? kalo skrg ni tahun 1995 bole la, time tu aku juara panjat pokok. hahahaha. ok la ok la, lpas da berjaya amik buah belimbing, kitorg pun blk. ye, mmg sgt tipu sbb aku ajak abg gi tgk buah jambu air plak. weee~ mmg lebat buahnye. tp kali ni tak amik pun, juz tgk dr jarak dekat je.



sape2 yg tringin mkn buah jambu air leh a amik kat sini. free jer...



ok cukup. lap air liur korg yg meleleh tu.



dgn bangga aku poyo2 nk petik buah jambu. takyah panjat pun. hehh


tu la die keja kitorg sbnrnye bile gi library. ingat nk study 24/7? mntk maaf la ye. kami sibuk. hahaha. lpas da pnt amik angin kat luar library, kitorg pun chowsinchi la. nk buat ape lama2 tenung buah2an tu kan.


ok skrg bole jerit. MAKCIK!! SAYA DATANG NAK BELI NASI LEMAK NIHH!! skali incik mumu chan straight la plak. die bwk aku round round baby round round kat taman tu dulu. agaknye die kesian kat aku sbb tak pernah pusing2 kat sini slama satu sem nih. ye, aku tau sbnrnye die dengki. akhirnye die bwk jgk aku gi kat gerai makcik tu. maybe jgk die da sakit telinga dgr aku menyanyi plus membebel sbb nakkan nasi lemak. akhirnye dpt jua ketemu makcik yg setia menanti dgn nasi lemak yg harum bau nye... wahh nikmat gilerr wa ckp sama lu.. tibe2 wa jd mcm samseng plak kan.. haha.. dah la, mls nk kecoh byk2 sgt. scara jujur dan berterus terang aku nak blah sbb aku nk mkn. nasi lemak tu da panggil2 aku da tu. weeee~ till then bebeh


tak patut! 10 Pictures, Images and Photos

tak patut. sangat. sampai hati encik boyfie-mumu chan-amik gamba mimik muka sama buat aku ceni. nasib baik tak sampai kaki. ohh tidak. ade ke patut. patut ke beliau  bwk aku gi beli nasi lemak kat gerai makcik kat dpn kat sblh pasar mini econ indah tu. *bape kali kat ade tu* mmg nk buat aku menangis dgn penuh syahdu. alahaiiiiiiii encik boyfie syg. apsal la nasi lemak tu sedap sgt. sampai termimpi2 dibuatnye. ok yg tu mmg tipu sbb belum tido lg slps mkn nasi lemak tu td. hehh. ini mungkin tak bole diterima jabatan kesihatan, tp aku tak kira. aku tak nak kira walopun ade kalkulator. adiee yg tak nak kira tu? ok dgn ini aku isytiharkan nk mkn nasi lemak makcik tu tiap2 hari smpi la aku jemu or dlm bahasa jerman smpi aku jd semakin tembam! ahhhhh, persetankan kolesterol, lemak, vitamin, zat besi dan mineral. yg aku tau aku nk jgk mkn nasi lemak yg makcik tu jual. huhu. sedapnyerrr. lagi2 bile dpt nasi lemak yg ade paha ayam+telur mata. wow berganda ganda ganda sedap die. keh3. ok2 aku dah nantuk, terima kasih kpd nasi lemak yg lazat itu td. kpd makcik n pakcik, tunggu kedatangan saya di esok hari. sambal tu rsanye kna buat dua periuk sbb saya dah cop satu periuk. heheh. ok la, till then~




haihhh.... sodap gilerr~

D-Day 10 Pictures, Images and Photos

ok2, mesti korg nk tau d-day tu ape? kalo dlm cite full house mksd die len *ala cite korea yg plakon die rain yg sgt comel-hensem-cute tu* tp d-day yg aku mksdkan hari ni ialah DATING-DAY. ye, mmg hari2 pun d-day. tp hari ni best skit bcoz we both went to taman rekreasi-ala2-mini zoo-taman bunga... pehh jiwang gilerr dating kat taman kan. tp kesah ape aku, sbb syok dpt jln2 tgk ragam family, couples, peniaga, joggers (btol ke nih??). pastu dpt plak tgk kancil, comel gilerr... tp sian kat mereka sbb x terjaga.. sedih aku tgk.. wuwu.. pastu td tgk burung helang jgk.. fuyoo wa ckp sama lu, gerun oo.. rsa mcm die nk mkn aku jek.. actually ade lg haiwan2 kat sana tp td tgk yg dua tu je, sbb dah ptg n lgpun nk gi ke cs plak.. ckp psl taman rekreasi bkn nama sebenar ni (yg real ialah taman jubli perak), ade satu cite pendek yg dicitekan oleh encik boyfie..ceni dialog die yg telah aku tokok tmbh skit sbb nk bg cite ni besh skiiiiiit je:

mumu : wei chemat, aku tgk kat tmn jubli tu mcm xde ape pun eh. binatang pun x brapa ada kan..
chemat : ha'a, btoi hang ckp tu. kalo dulu2 kat situ byk binatang ada. zirafah ada, gajah ada.
mumu : oo yeker, ade eh..
chemat : (x mampu nk ckp, gelak guling2 ja)
mumu : woi ko tipu aku eh. cissssss~~

hahahahahaha...itu mmg bikin aku gelak besar la. tetibe plak kat tmn rekreasi ade gajah kan. kalo die mngamuk abis la sume org lari. silap2 keta yg lalu lintas kat situ pun pecut 180 km/j.. hik2.. jgn marah noo, kang kena jual.. ok ok maleh aku nk type pnjg2, korg bkn nk baca sgt pun kan..jom attach gamba!


posing wehh... ingat senang nk pkai selendang?




bunga2 yg xbrapa nk cantik sgt sbnrnya, tp bole la..



aaicecehhh....



cuba teka ni stereng ape? hehh



rupa aku ni sikit je lg nk jd mcm monkey.. sila sopan sikit!



mana pi gigi tu cek oii...



saya ade bf. jd saya nk amik gamba dgn dia.



incik tantan dan incik mumu. sorg tembam sorg muncit. hahaha



huduh btol muka aku..muka abg sepesen ja dr td.. lol~



saya suka taman jubli!


ok jom plak gi cs, kite tgk movie RED: bersara, sangat bahaya... sblm tu mkn aiskrim mcd dulu *yummyyummy sodap gilerr* then gi jln2 kat booth siam.. shoping dulu, beli gelang satu... RM4 je, so xde la rugi sgt kot kalo x pkai lpas ni.. hahaha... lpas tgk movie, apa lg.. chow la wehh.. mane leh blk rumah lmbt2...lpas mkn kitorg pun trus memecut pulang ke rumah.... tu je la d-day utk hari ini... syok kan? aku tau dah... lpas ni kalo ade rezeki leh gi jln kat taman len plak.. taman tasik taiping ke, titiwangsa ke, taman tasik shah alam ke.. bole la tuh asal dpt dating.. wahahahaha...till then~


tolong beri pada saya! 10 Pictures, Images and Photos

i need painkiller! tlg la berikannya pd saya! tibe2 je kan. merepek mcm org gila yg kat kamdar ipoh tu. heh. tp apsal aku tibe2 jd gile ni?? sume gara2 kamu!!! kamu slalu buat hatiku tertekan. kamu slalu buat hatiku bercelaru. kamu slalu buat aku slalu dimarah encik boyfie sbb trlalu byk pikirkan ttg dirimu. sumenye sbb kmu!!! hahaha..ayat mau poyo je. pdahal tension sbb exam je pun. the last 1, before the new 1 arises later. kalut nk dpt no 4, pdahal kalo time skolah dulu berebut2 nk no 1 tp xpnah nk dpt. actually xde la xpnah, pnah la skali, dua kali, tiga kali. haih bangga plak.. citt. so, agak stress di situ ye. apa2 pun, akan aku ttp berusaha hingga ke titisan dakwat pen yg terakhir. walopun skrg aku xde pen utk jwb exam. tp tu bkn mslh besar. pasaraya tesco setia menanti, siap offer suro buat membercard lg. kalo nk up skit, bole gi kedai ular yg pop *popular le* utk memilih sndiri pen yg menjd idaman hati. jd apa lg yg aku perlukan? cumalah kata2 semangat dr org tersyg yg walopun xbole dijdkn jwpn time exam, n jgk usaha dr aku sendiri utk berjaya. sume masalah problem yg ade, anda bole blah dr hidup aku sbb aku x rela ada anda di kala ini. cewahhh.. ok la, lets gambatte together gether. ingat kau je nk sukses? aku pun nk la wehhhh...*dpt antidepresan pun bagus jgk nk betulkn wire otak aku yg weng ni*

i do 10 Pictures, Images and Photos

hari ni scara tak rasmi aku brjaya tukar lagu kat bloggy nihh... letih gak la aku nk mencari lagu jiwang yg tak brapa nk jiwang meleleh.. at last tak jugak dpt.. cehhh bikin haru ja.. tp lagu baru yg aku attach ni pun bole thn jiwangnye.. bole la nk buat sape2 yg jenguk blog ni mngantuk.. tp aku nk jgk ltk sbb ini blog aku.. so ade aku kesah kalo korg ngantuk?? ape ade hal, sbb aku pun skit lg nk lelap dgr lagu nihh.. hahaha.. ok ok mari la dgr lagu ni, sian die takde sape nk dgr ye.. ok chowsinchi.. till then~

a poem~

mencedok poem dr celah mana, tp mungkin bermakna...

the surroundings are colorful
but i can only see black
the surroundings sing with joy
but i sing in grief
the surroundings speak and debate
but i can only be a mute
the surroundings can fly freely
but i am stuck in a small little cage
i didn't wish so much
i just want to see more colors in my world
i just want to sing aloud with all my heart
i just want to talk like there's no tomorrow
i just want to be free and be the usual me.

ok jom bljr literature ye
should i say, from all the wordings here and there.. there's someone who actually living in a bright darkness. he cant speak his mind out. he cant do what his heart wanted to, and cant be dreaming of a self-decided life. he can only be a dumb in the world of others. so, what say u?

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


shared by me.. sronok baca artikel ni, buat aku terfikir adakah si dia jodoh aku.. mcm mane plak dgn anda? adakah si dia mempunyai tanda2 mcm yg disebut? sama2 kite renungkan... till then~

...

ye, aku

bengong
tah ape ape
pemalas
cengeng
emosi


*aku gila*