edisi kata kunci. 10 Pictures, Images and Photos

org pompuan suka berkias? mmg pun. suka berkias lagi lagi kat boyfriend? btul sgt. haha. oleh yg demikian hari ni aku nak bgtau skit skit kata kunci atau dlm bahasa homputih die hint yg slalu org pompuan bg kat boyfie diorg. takpun bg kpd org yg diorg suka pun bole jugak. nape nak bg hint hint segala ni? ckp direct kan senang. eh eh, suka hati la nak bg hint ke tak. budi bahasa budaya kita tau…..


kata kunci nombor satu
bile org pompuan call boyfie diorg, and boyfie diorg tanya “nape awak call saya?”. pastu dgn inosen pompuan tu jawab “tade pape. saya saje je nak kaco awak. hee”. haish. ni nak habaq mai, diorg call tu sbb ade udang dalam mee udang. sbnrnye diorg tu rindu kat boyfie diorg. tp konon konon malu nak bgtau. hekk. camne kalo tiap tiap hari camtu? haa, tu maknenye tiap tiap hari la diorg rindu boyfie diorg. syok kan?

kata kunci nombor dua
bile org pompuan tanya kat boyfie diorg “awak dah makan?” dalam hati diorg tu sbnrnye harap yg boyfie diorg nak ajak diorg gi makan sama sama. tak kesah la kalo diorg dah tibai dua pinggan nasi pun sblm tu, tp diorg ttp nak gi makan dgn boyfie diorg. sbb? nak dating la. nak tenung nak jeling nak sembang nak jiwang. haa….

kata kunci nombor tiga
hah, sampai time makan. slalu time dating mesti org pompuan makan lambat macam siput. ade korg penah tgk kapel yg gurlfie die makan laju macam bullet train, sampai tak pikir da boyfie diorg? tade kan? nak tau sebab ape jd mcm tu? satu mmg la sbb nak cover cun campur ayu. sbb kedua org pompuan mkn lambat lambat sbb diorg nk reserve skit mknn utk boyfie diorg. mana la tau kot kot boyfie diorg lapar mcm sebulan tak makan, bole la diorg bg bhgn diorg kat mister boyfie. baik hati kan? tau dah..

kata kunci nombor empat
bile pegi dating, boyfie mesti tanya “awak nak buat ape hari ni? nak tgk wayang ke, nak main boling ke, nak shoping?” pastu mesti, konfem, sahih. mesti org pompuan jawab “saya tak kesah. saya ikut awak je. awak pilih”. haish. dah nama pompuan, mesti la kena ade sifat2 malu malu kucing siam. sbnrnye diorg nak ckp “saya nak buat sume!” tp disebabkan diorg malu campur segan, diorg ikut je ckp boyfie diorg. kalo dapat sume tu, okey la. skali boyfie ckp “kite gi makan kat kedai mamak tu je k, lpas tu balik”. kan da menyesal sbb tak habaq awal awal. hahaha

kata kunci nombor lima
okey okey. yg ni benda yg biasa terjadi di alam perchentaan. org pompuan slalu tanya kat boyfie diorg “awak awak, rasanye baju biru dgn baju hijau ni, mana cantik? ke baju oren ni? eh, takpun yg merah. yg mana cantik ye?”. hah. diorg tanya mcm tu bukan sbb nak bgtau yg diorg ade baju macam macam kaler. bukan ye. diorg tanya sbb sbnrnya diorg nak pakai baju cantik cantik supaya bole kasi boyfie diorg tebeliak mata tgk diorg nye cun plus ayu plus comei. pastu dah nama pun manusia, suka kena puji. diorg pakai baju cantik sbb nak kena puji dgn boyfie diorg la. takkan nak slamber ckp sila la puji saya yg comei lagi cantik ni. apakahh???


heheh. tu dia skit hint yg slalu aku bg kat encik boyfie. ooppsss~ bukan bukan. bukan aku. hahaha. yg slalu org pompuan bagi kat boyfie mereka. mungkin byk lg hint yg org pompuan bagi kat boyfie diorg yg aku taktau. kalo ada tu, share share la dgn aku. bole jugek aku try test tengok. hehehe. dan mungkin jugak ade org pompuan yg tak penah nak berkunci kunci kata dgn boyfie diorg, cakap terus ja. tak kesah la kan, suma org ada cara masing masing. yg penting kita semua happy! 




No comments:

Post a Comment