melancholy 3. 10 Pictures, Images and Photos

sekarang ni
banyak betul tengok gamba
orang kawin, orang bertunang, gamba hantaran, pelamin, khemah kenduri..
secara tiba tiba
berduyun duyun,
berebut rebut
orang nak post kat pesbuk.
aku pulak, secara tiba tiba
excited sangat tgk gamba gamba tu sume
oh man
jeles. teringin.

desperado kot aku ni?

melancholy 2. 10 Pictures, Images and Photos

you know,

now is the time for us

to think what actually we need to think

yes we are still young

but are we going to be younger?

no.


you know,

it is good to put a little bit of seriousness

inside our childish minds

it shows that time matures us.

:)

melancholy. 10 Pictures, Images and Photos

For a moment, just a brief moment, I wished

I can sit next to you 24/7

I felt like watching you from afar

I was afraid... so afraid that you no longer knew the real me

I guess it's good we made a promise to each other

It's the thing that keeps us together.

:)

cuti dah abis bro. 10 Pictures, Images and Photos

ohohooooiiiii.....

minggu depan dah nak sambung belajar balik.. rasa sekejap pulak 4 bulan nih.. hahaha. so macam biasa la, kalo dok bukak pesbuk tu.. ada je orang orang yang merungut membebel tak puas cuti, nak tambah cuti.. ate kalo dah nama pun cuti, bagi satu tahun pun tak cukup kann... aku pun suka nak cuti lama lama, tapi bila cuti lama, lagi lambat la abis degree aku ni.. kalo umur makin muda takpe lah jugak, boleh tatih tatih lagi.. hmmm manusia memang selalu lupa nak bersyukur.. mintak mintak la aku dijauhkan dengn sifat tu.. amin


bila berhadapan dengan kawan kawan yang dah amik intersesi untuk subjek sem depan.. aku tak tahu la nak cakap apa perasaan aku. yang pasti bukan rasa jeles ke dengki ke. sebab aku yang pilih taknak buat intersesi, pemalas katakan. yang buat aku terfikir, diorang dah lepas satu subjek, then diorg nak tarik dua subjek part 5 masuk sem depan. okey subjek tu just ctu n bel. mmg 2 credit hours je. tapi tak rasa ke macam diorg nak jadikan part 4 ni satu sem yang sangat berat semata mata nak rileks time part 5.. of course sape la aku nak bagi opinion kan. tapi bagi aku takde subjek yang senang, hatta kokurikulum pun susah sangat bagi aku. hm, maybe aku sorang yang suka follow the flow saje.. otak aku dah terset secara sistematik sem ni nak belajar apa yang perlu je. hahaha.. tak kesah la, asalkan aku boleh cuba kekalkan momentum aku. dan kepada kawan kawan, aku harap diorg still boleh survive dan kekalkan kejayaan mereka.. amin

so, ucapan untuk diri sendiri dan rakan rakan.. selamat menyambung study. marilah kita study rajin rajin, jangan sampai lebam je. kalo boleh sampai dapat empat pelet.. go go chayokkkkkk!!!

education. 10 Pictures, Images and Photos

it took me years to kill my ego.

finally i did it.

TODAY.

and it was awesome.

new segment. 10 Pictures, Images and Photos

Feeling like staying up tonight. So, here it is. A new post to publish, as a result of boredom in the middle of the night.

Anyhow, this is a new segment for me. Squeezing my brain real hard to answer the statement-form-question. You can also try it!

Suggest what u will say if a person was to give this statement: “Are you interested to be a talent for my photo shoot?"

1. (Forehead started to wrinkle a little bit, eyebrows started to lift upward) Biar betul?
2.  Tolong cubit tangan aku ni kuat kuat. Aku mimpi ke nih?
3. (Whispering) Betul ke kau tak nampak jerawat jerawat kat muka aku ni?
4. Will I be the next Tyra Banks, and produce my own reality show?
5. Nahhhhh, stop being sarcastic on me.
6. Photo shoots untuk pakaian kanak kanak ke?
7. What if.. kau jadi talent, aku jadi photographer?

It’s a trend nowadays. Passion for DSLR cameras, models, photo shoots, editing, uploading into facebook, tagging, and waiting for people to comment. And I’m totally not against it but giving full support to this trend, surely as long as it benefits us.


Cute isn't it?



However, I seriously don’t think that I am talented and photogenic enough to be a pose-like-a-model talent, nor a good photographer. I’m best with my compact camera, having a natural, unplanned photo shoots whenever and wherever I want, with the most whole-hearted smile faces.






Yeah right. Wait till I get my own superb DSLR camera. Guess I’ll create a new trend of sleeping with DSLR camera. Hahaha! :p

sembang je. 10 Pictures, Images and Photos

weekend ni secara rasmi aku declare hari minggu tanpa facebook. bukan apa, sbb fb aku tu bosan sgt, takde ape nak tgk pun. so bila aku tak bukak dalam dua tiga hari, bole la kumpul notifications banyak skit. baru semangat nak tgk. hahahahaha. so bila tak berfb, terpaksa la berblog. adeh. tak tahu nak tulis apa nih. tulis pasal artikel yang aku baru baca tadi lah, iaitu tanda tanda hubungan anda sihat dan kuat. tu tajuk dia lepas aku dah translate guna intan translate. hehh

so apakah tanda tanda tersebut? sambil korang tunggu time nak sahur, moh le kita tengok sama sama. lets check it out ya'll.....

1. Satu permulaan yang bagus bila kita ni tahu yang kita sekarang tengah dalam hubungan. kalo korang rasa ayat aku jargon sangat, sebenarnye aku nak cakap yang korang kena sedar yang korang ni tengah "in a relationship" la. sila ambik perhatian aku bercakap tentang "dalam perhubungan" ye, bukan words macam "teman tapi mesra" or "skandal". tu bukan sign yang bagus.

2. Anda berasa bagus. tahap bagus tu bergantung kepada korang la kot. maybe ada setengah orang bagus dia tu macam terlebih excited gitu. tp ada setengah orang plak, bagus dia biasa biasa je. gelak pun satu harkat je. hah. apa yang penting hubungan yang bagus akan membuat anda berasa bagus. bukan yang macam selalu kita dok ngumpat "macam bagusss sangat je budak tu" ye.

3. Pasangan anda memperkenalkan anda kepada rakan rakan serta ahli keluarga beliau. kalau dia slamber je kenalkan, tu bermakna yang dia betul betul serius dalam perhubungan, dan boleh la kata yang korang berada dalam perhubungan yang sihat walafiat la. jadi sapa sapa yang belum jumpa rakan dan keluarga pasangan, cepat cepat  la pegi melawat time raya ni untuk mintak restu mereka.

4. Anda terbuka untuk dicintai, mencintai, dipercayai dan mempercayai. fulamakk jiwang sangat ni. kalo korang rasa macam muda sangat nak guna word cinta tu, pandai pandai la korang bukak kamus dewan cari sinonim word cinta tu eh. untuk hubungan yang sihat lagi kuat serta utuh, perkara perkara ni penting ye sbb kalo suma ni takde, maka hubungan korang tu kira tak bape nak sihat la. macam kurang zat gitu.

5. Anda sentiasa boleh menjadi diri anda dan masih boleh diterima oleh pasangan anda. dalam bahasa omputih dia accept u as u are. haa camtu la gayanye. so kalo selama ni korang selalu kuar pakai baju buruk dan pasangan korang still cakap yang korang comel, maka tanda yang sihat la tu. or bila masa korang merengek rengek cakap nak berfesyen macam hana tajima (tau sebut nama je orangnye tak kenai pun) dan si dia tetap kata yang korang comel bertudung bawal nombor tiga, maka jangan la jadi macam hana tajima. jadi je diri sendiri okey.

6. Anda tak cuba untuk mengubah mereka. macam lifestyle ke, favorite food ke. kalo korang suka sangat makan tempoyak, jangan la paksa atau harap sangat pasangan korang nak suka kan. ye la, sapa yang suka orang lain suka suka hati nak ubah diri diorang kan. bila dipaksa, mesti diorg jadi tak selesa dan tu dah jadi tanda hubungan anda perlukan rawatan kecemasan.

7. Pasangan meletakkan komitmen dalam perhubungan. mesti dua dua sekali. takleh sorang je. tu namanye bertepuk sebelah tangan. satu hubungan takkan berkembang kalo kita asyik pikir adakah kita perlukan si dia ataupun adakah kita perlukan hubungan tu. jadi, terimaa je hubungan tu seadanya, enjoy it, dan usaha untuk sentiasa kekal bersama sampai bila bila.

artikel ni aku baca kat internet je, dan semestinya terlalu banyak unsur hiperbola yang aku dah letak kat sini. kalo korang nak info lebih, tanya je encik google, mesti dia boleh jawab punya!

selamat datang. 10 Pictures, Images and Photos

ahlan ya Ramadhan.

bukan ramadhan classmate aku tu tahu tapi ahlan kepada bulan Ramadhan yang telah kunjung tiba untuk tahun ni. 

so macam biasa target mesti:

1. nak puasa penuh sebulan.
2. tak mahu tido lepas sahur.
3. taknak tamak sangat bila membeli juadah berbuka.
4. nak jahit baju raya sendiri.
5. buat kuih raya banyak banyak.

tu la target yang biasa aku dengar tiap tiap tahun. dan semestinya tu la jugak target aku bila sampai bulan puasa. agak agak target yang mana akan dapat dicapai? sama sama kita tunggu. yang penting kena puasa dulu, dan rebut peluang untuk mencari keredhaanNya di bulan yang mulia ni.

lepas je dengar pengumuman esok puasa, lagu raya pun berkumandang..

berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasaaaaa...

3 bests. 10 Pictures, Images and Photos

Q: How do you express your feeling when you miss someone that is far far away?

A: look deeply to the ceiling, in silence - the best language
    a five inch 'muncung' - the best action
    tears flowing down like a waterfall - the best words

appreciate, please. 10 Pictures, Images and Photos

berusaha gigih berlatih nyanyi lagu ni, persediaan untuk pegi karaoke di masa akan datang.

apakah? 10 Pictures, Images and Photos

Q: What do you do after a long, hard and stressful working hours?

A: MAKAN dan TIDO SEPUAS HATI.

virus. 10 Pictures, Images and Photos

erghhhhh.. tiba tiba wa kena flu pulak kan. err takde la tiba tiba pun sebenarnya kan. last few days dah mula rasa sakit tekak. pastu rasa tak sedap badan. pastu demam sikit. pastu hidung meleleh leleh. pastu hari ni. so lu orang pandai pandai sendiri la calculate dah berapa hari wa tak sihat.

tapi dalam wa punya tak sedap badan ni, boleh pulak buat macam kuat harimau sangat pegi jalan sana sini. semalam je wa pegi menapak kat ipoh parade walopun hujan turun dengan lebat. cop copppp. wa nak ucap syukur Alhamdulillah sebab at last hujan jugak ipoh ni. sambil sambil wa nyanyi lagu maher zain,wa pegi jalan jalan. dan sambil sambil tu jugak wa selamber menyerah diri nak bagi hujan tolong mandikan. siap makan snow ice lagi. memang wa macam sabun basuh boom yang boom!!! bila dengan berjaya skali menambah kesakitan yang dah wujud selama beberapa hari.

hari ni wa bikin hal lagi. tak tahu lah nak kata jalan sakan ke atau wa memang dah gila nak bejalan. pagi pergi jalan kat pasar antik. cuaca panas wa tak hairan. hidung wa meleleh macam air paip wa tak endah. yang wa tahu wa dah dapat satu beg yang agak vintage yang boleh la jadi beg barang mekap wa. balik rumah, rehat sambil pejam mata menikmati sirap yang berais. petang sikit pegi jalan lagi. balik, rehat. malam, wa ingat wa dah serik sebab hidung wa dah macam loose je dia punya skru kan. memamg tak la kan. wa belasah pegi giant pulak. sekarang memang wa boleh buat conclusion yang wa memang gila bejalan.

habis dah sakan bejalan ingat takde natijah dia?? nahhhh... memang bertambah tak sedap la badan ni. hidung ni kalo bangun esok pagi dah tecabut wa rasa tak perlu hairan lagi kot. badan ni pulak kalo air paip sejuk dalam toilet tu boleh bertukar jadi wap air rasanya. dan rasanya lagi tekak wa ni dah tercalar balar je dengan batuk wa yang tiba tiba nak datang hari ni. oh wa menderita.......

derita sangat pun tido lambat jugak. wa memang kepala-keras-hantuk-kat-dinding-lagi-bagus.

p/s: to ahmad mujahid, pls get well soon. sekian.

kalo suka, bole 'LIKE' :)

fairy tales. 10 Pictures, Images and Photos


Imperfect. That’s me.

I am thousand miles away to be quote pretty as you are.
I have scars and pimples on my face.
I put tones of makeup to look just okay.
I don’t have the perfect height and weight as supermodels.
I can’t take beautiful pictures of me because I am no photogenic.
I am an outdated person whenever talking about fashion.
People mock me for the thick spectacles that I wear.
I sing badly.
Neither driving nor riding a motorcycle, that’s me.
At home, I won’t wake up until the clock shows 12 pm.
I don’t earn my own money (yet).
I always put so much trouble towards my parents.
I can’t cook tasty food.
I have an obsession of crying.
I eat a lot at the middle of the night.

Despite my imperfection,
I try my very best to be perfect.
And that makes me perfect in my imperfection.

p/s: would you still love me for all my weaknesses?

kalo suka, bole 'LIKE' :)

mencari. 10 Pictures, Images and Photos

oh no. oh my god. where are you? where did you go? halo.. halooooooo~ di mana kamu?? kat atas takde. bukan ada kat bawah ke? abis kat mana? alaaaaa, mana pulak benda alah ni. wa tengah panas dengan mouse laptop wa yang dah rosak, wa tengah pening dok pikir nak makan apa sebab perut wa dah lapar, wa dah termimpi mimpi kain kain kat kamdar. kamu pulak time ni la nak hilang. haihhh

SYERAPPPPPPPP!!!! nampak tak benda alah tu?? [tak nampak pun. mana ada.] ohhhooiiii. ni dah lebih. mana pulak aku letak menatang tu. satu rumah dah geledah ala ala csi. bilik mama dua kali aku check dengan selamber tanpa gunakan waran. bilik sendiri dah takde rupa bilik. sume sebab nak mencari kamu. tahu tak? macam mana nak tido lena selagi tak jumpa kamu. kamu paham tak?

adehh.. mana dia ni. okey okey chill babe. jom lepak makan roti bakar dulu. sambil makan sambil fikir. tapi tak dapat jawapan jugak. arghhhhhh. mungkin kena makan pizza hut baru boleh dapat idea genius. tapi boleh la tahan makan roti bakar, dapat idea nak spotcheck rumah sekali lagi. nasib baik rumah comel je, tak macam istana. kalo tak, mampuihh takmau cari dah.

huaaaa mana kamu. mana kamu. manaaaaaaa...... penat dah exercise tengah tengah malam nih. haiyoh letih la aku. malas la nak cari. lantak la tak boleh tido pun. huh. naik atas masuk bilik. EHHHHHH~~ apa dia bawah kerusi tuh? macam orange orange je kaler dia. meh usha mehhh. HAHAHAHAHAHAHHHH!! dah jumpa kamu! omg kat sini kamu ye, penat la aku mencari tak jumpa pun. boleh la tido lena malam ni. dah jumpa bucuk manje aku, si itik tak cukup vitamin!

okey, sekarang tak mahu buang masa lagi. nak tido dengan itik kesayangan. hahah. nite!

p/s: itik, awak bau gamat la. patut la pun, dah setengah tahun tak basuh. tehee~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

dot. 10 Pictures, Images and Photos

ok. short update.

baba dan mama tepuk dahi.

"kenapa la semangat sangat anak aku ni....."

aku: teheee~

pening. 10 Pictures, Images and Photos

helo bloggy..

dah lama tak update, sampai aku pun tak tau nak tulis apa. haha. tapi bosan punya pasal, boleh lah. layan jerr... so, nak cite apa nih?? pening haih.. sama seperti kepeningan aku menghadapi hari hari yang mencabar dalam hidup aku ni. sangat. kadang kadang pikir sampai macam nak gila. bila agak agak nak jadi gila tu terus aku stop pikir. hehe. tapi dah nama pun mencabar, aku pun kena lah bersabar sikit ye tak? tak kot. eh eh, ye, mesti. ye ke tak ni? haih kamu ni pun kejap ye kejap tak, yang mana satu niiii.. dah le malas nak pikirkan kemencabaran hidup aku ni. abis abis pikir pun tang tu jugak. kena sabor jugak. takde benda yang belum boleh menyetelkan lagi cabaran dan dugaan tu. jadi cik kak, sabar okey. sabar. lu paham tak wa cakap sama lu ni, SABAR! [ye le sabar la ni]..

abis kalo tiap tiap hari nak sabar je memang tak jadi ape la. hati memberontak. cewahhhh. nak buat apa ni?? pening lagi kepala aku nak memikir. apa lagi kak oii, kerja la, kerja. lu tahu tak wa nak sampaikan apa ni, KERJA! haihhh macam aku orang zimbabwe pulak tak nak paham kan. so, bekerja lah aku supaya dapat menghilangkan sikit rasa tercabar dengan cabaran tu. tu pun lepas mama aku dah bising...

bila dah kerja pun mama tetap bising. sebab terlalu komited dengan kerja. sampai lupa nak makan. nasi depan mata tolak tepi dulu dengan alasan nak siapkan keja. last last orang lain yang bedal. takpe, asal kerja siap. siang malam asyik memikirkan kerja, sebab tak nak pening kepala memikirkan cabaran dalam hidupku. kerja start 12.30 pm camtu setiap hari, sampai la saat yang aku dah tak larat nak bukak mata lagi. sampai pukul 3 pagi pun pernah jugak. mana la mama tak bising kan. pening kepala dengan perangai aku yang konon konon workaholic bukan main. aku pun pening jugak, sebab bila nak tido pun still aku pikirkan pasal kerja. kerja, kerja, deadlines.....

jadi sekarang nak buat macam mana lagi. bila tak kerja, asyik pikirkan hal yang boleh membuatkan aku touching melampau lampau. bila kerja, seronok sangat sampai kerja melampau lampau. abis apa benda yang tak terlampau?? haaaaaa... lu pikir lah sendiri..

kalo suka, bole 'LIKE' :)

dot. 10 Pictures, Images and Photos

one word: [sad]



two words: [missing him]

kalo suka, bole 'LIKE' :)

berani kau! 10 Pictures, Images and Photos

oh hooooo hoooooi.. ni bole bikin wa panas ni. berani betul lu buat macam ni kan. apa lu ingat lu hensem sangat ka bro? errrr.. memang hensem. ahh tapi tu tak boleh jadi alasan lah. apa lu ingat lu hensem suka suka hati lu nak curang dengan wa? lu tahu tak betapa wa keciwa dengan perangai lu tu? bila dah busy, dah glemer banyak orang kenal, lu lupa kat wa. bila lu nampak awek cun baik punya terus terpikat sampai lu lupa kat wa. lupa time lu beria sangat nak ngorat wa dulu. lu boleh blah la weiiii!! takpe takpe, lu tgk la nnt. wa cari pakwe lagi hensem daripada lu. time tu lu jgn nak dtg cari wa lagi. haihh.. lu ni kan, memang la kan. suka suka hati nak mainkan perasaan wa.. ohh kecewaaaaa.......

korang nak tau apa dia dah buat kat wa?? tengok la ni..




ngekk la akim nih. dulu dalam vc inilah cinta pulun abis nak ngorat gf dia. skali bila dah jadi artis, lupa abis gf di kampung. hampagas betul. berani kau!

p/s: drama kat atas tu aku yang tolong reka untuk gf akim dalam vc nih. tade kena mengena dengan aku eh :p apa apa pun akim hensem walaupun anda curang! fewiiitttttt~
kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 7. 10 Pictures, Images and Photos

Day 7 : A picture of yourself this day and 3 good things that happened since you started the challenge.



pertama sekali, sila abaikan drama melayu kat belakang aku tu ye. oraitss, ni dia task terakhir untuk cabaran ni. dan soalan yang terakhir, 3 perkara baik yang berlaku selepas saya memulakan cabaran ini:

1. hazama menang af 9. well its a good thing to know, sebab memang dia layak pun. tapi tu tak bermakna aku minat dia okei. cuma menyokong bila dia jadi juara.

2. dapat mempraktikkan apa yang telah aku pelajari semasa satu sem di melaka. nak tau apa dia? kalo bagitau ni mesti korang suma takkan nak pecaya punya lah. tapi benda ni memang betul pun. hari ni membuktikan bahawa kelas window shopping selama satu sem telah membuatkan aku lebih suka berjimat cermat. fulamak wa cakap sama lu wa pun macam nak nangis sedu sedan bila wa tak tergoda langsung dengan kadbod sale 80%. dalam kepala punya itu ini wa nak beli tapi bila wa pegi tengok, wa tak beli. sebab? sebab wa rasa benda yang wa nak beli tu priority dia belom sampai tahap kritikal lagi. walaweiiiii kagum giler dengan diri sendiri! bravo bravo!!!

3. dapat geng tgk bola kat rumah iaitu baba. selalu kat rumah mana ada sape nak layan aku tengok bola. yang ada pun syerap la. tu pun bukan dia tau team mana nak sokong. setakat pilih nak yang baju merah or putih ja. aisehmennnn tak thrill langsung. hahaha. bila baba dah ajak layan bola ni, baru lah semangat skit. tak kira la walopun yang lawan kelantan dengan terengganu pun, tapi kami tetap layan. good sign, boleh ajak tgk bola bila epl dah start nnt. wehhuuuu

okei lah. dah abis pun 7 days challenge ni. see u in the next challenge, kalau ada! :)
kalo suka, bole 'LIKE' :)

Day 6. 10 Pictures, Images and Photos

Day 6 : 3 wishes.

well, this is the hardest among the hardest task of the challenge. kalo nak cite pasal wish memang la banyak sangat. esok pagi nak pegi breakfast kat mcd pun boleh jadi wish jugak. harapan nak tido awal malam ni pun boleh jadi wish. tapi memang harapan la nak tido awal kan, dengan bloggy yang belum diupdate cabaran untuk hari ni lagi. huahhhh. okei okei, back to serious matter, and this is my serious short term, mid term and long term wish list. lebih kurang macam personal goals la:

1. jangka masa pendek: i wish to be a rock star. berangan! kalo suara sedap macam rahimah rahim takpe la jugak. ni nyanyi lagu gadis dan bunga pun pitching ke laut. aisehhh takyah berangan nak jadi rock star ye. makan honey stars sudeyy. malu tak dapat, siap kenyang perut senang hati lagi. okey la, untuk jangka masa pendek aku bagi wish yang simple jer. aku nak naikkan berat badan sampai yang telah dipersetujui oleh aku dan encik boyfie dalam perjanjian telepon [ala ala perjanjian british] satu ketika dahulu. kena naikkan berat sampai 45kg. ingat senang ke bro? wa dah makan berdozen dozen nasik pun berat wa asyik pi mai pi mai tang tu jugak. sekejap 41kg, pastu 39kg. pastu 41kg, bulan depan 39kg. boring aih asyik nombor sama ja. nak la update skit kan. ingat blog je ke nak kena update? berat badan pun kena update jugak lah, baru boleh keep fit. so dalam masa 4 bulan cuti ni aku nak kena la pulun makan sampai gemok. jadi aku ada pengumuman sikit kat sini. sapa sapa yang ada makanan lebih taknak makan jangan buang, bagi aku makan sampai abis ye. kalo buang kan membazir. hadirnya aku di sini ibarat macam tong drum, tolong selesaikan masalah anda dengan menghabiskan makanan yang tak abis. jadi sapasapa yang berminat sila hubungi saya okei. sekian terima kasih

2. jangka masa sederhana: i wish to be a better football spectator. memang sangat la cliche kan nak tengok bola sebab boyfren anda yang minat sedangkan sebelum ni tengok bola pun tak pernah. shoot~ mula mula memang la macam tu. tapi football okei what? bila dah lama lama tengok, u'll becoming to love it. walaupun tak tahu langsung apa itu bola, semata mata hanya tahu lionel messi dan luis suarez. macam aku pernah cakap dulu, tak salah berkongsi minat, dan kalo tak boleh jugak nak minat, just respect dia punya minat. so takde la jadi sesi gaduh bergaduh tangis tangisan setiap kali ada match bola sepak. jadi, wish list jangka masa sederhana aku [1<2 yrs, maybe] ialah untuk belajar lebih banyak tentang bola sepak. nak jugak tahu suma pemain bola yang ada dalam dunia ni, of course yang glemer je okei.. hehe.. then nak tahu lebih banyak rules dalam bola sepak. contoh offside, yang dari azali memang aku tak paham. "wa dah seribu kali bagitau lu offside tu apa, lu taktau lagi? gawat macam ni bro. wa rasa lu kena main bola baru lu tau lah camne offside tu." tu ayat encik boyfie kat aku bila aku tanya pasal rules bola sepak. dan semestinya ditokok tambah sikit, nak bagi ayat tu macam gempak je kan. dah tahu nama, rules, aku nak jugak tahu info info yang berkaitan dengan bola, macam perpindahan pemain utk next season punya epl ke, kes rasuah pemain negeri sembilan ke, kes skandal ryan giggs dengan adik ipar dia ke, ataupun cite pasal rooney buat treatment rambut. so takde la aku nganga lagi bila tengok bola lepas ni dan takde la dicop sebagai minah pacak yang mengada ngada nak join makan roti canai sambil tengok man u lawan liverpool sebab nak teman boyfren je. excuse me, saya nak tengok sebab luis suarez main tau!

3. jangka masa panjang: nak kawinnnnnnnn!!!! hahah. bosan aih orang dok dengaq. asyik kawin kawin kawin. tahu la lu ada boyfren, jangan la pulun sangat. rasanye tu kot orang cakap dalam hati bila aku asyik cita nak kawin. hehe. abeh kalo dok pulun bercinta taknak kawin apa citer plak bro. so takpe la kalo wa nak kawin kan. bukannya benda yang tak elok, dapat pahala siap. wa tgh get ready je nak bagi complete syarat nak kawin. kuikuikui. tapi wa punya wish list hari ni taknak bubuh nak kawin lah. wa nak bubuh something extraordinary skit. bagi mata korang korang dan korang terbeliak baca. hahah. okei okei wish jangka masa panjang [maybe in 2,3 yrs or more] aku berhasrat mahu menjadi seorang wanita [pehh wanita tuu] yang boleh berdiri di atas keyakinan diri sendiri. setelah belajar subjek personal development, aku rasa aku kena ubah cara pemikiran aku yang sangat merendahkkan diri aku sendiri. so i wish to be more confident of myself, and the most important thing is to get rid of comparing myself with others. oh oh saya nak jadi macam dia! oh oh oh macam mana nak jadi peramah macam dia! oh man, macam mana nak bagi muka saya cantik macam dia supaya awak sayang saya lebih! boleh tak saya nak pakai contact lens yang bagi mata saya jadi besar macam gadis korea. saya pun nak jadi comel macam dia~~~ OMG! watdehel ini suma?? so so hell u know, rasa macam nak pelangkung kepala sendiri especially when u didn't manage to be like what u see in others. daaa~ so kena la bubuh wish ni dalam wish list aku. confident lebih sikit bro! confident confident! wa caya sama lu bro, u can do it man!

itu saje.

kalo suka, bole 'LIKE' :)